
SMART MALAYSIA RASMI DUA PUSAT PENGEDAR DI KUANTAN DAN KUCHING
smart Malaysia terus memperkukuh kehadirannya di seluruh negara dengan pelancaran dua pusat pengedaran baharu, masing-masing di Kuantan, Pahang, dan Kuching, Sarawak.
Pembukaan HK Electra – smart Kuantan dan Ghee Hua – smart Kuching menandakan langkah penting dalam usaha jenama ini menyediakan akses lebih luas kepada kenderaan elektrik (EV) premium serta menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari.
Dengan rangkaian yang kini merangkumi 11 pusat pengedaran di seluruh negara, smart Malaysia berusaha untuk memastikan teknologi EV canggih lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.
Kedua-dua pengedar ini juga merupakan wakil sah Proton e.MAS, memperkukuh komitmen terhadap kenderaan tenaga baharu (NEV) di pasaran tempatan.

HK Electra – smart Kuantan: Pusat EV Berprestij di Pantai Timur
Dengan pengalaman dalam industri automotif sejak 2007, HK Electra – smart Kuantan telah berkembang daripada pengedar Proton 2S kepada pusat 4S pada 2018.
Komitmen syarikat ini terhadap kecemerlangan terbukti menerusi pencapaian seperti Anugerah No. 1 Diamond Grand (2023 & 2024) dan Anugerah CEO Terbaik.
Bertempat di No 6, Jalan Indera Mahkota, 3/1, 25200 Kuantan, Pahang, bertentangan dengan PUSPAKOM – bilik pameran seluas 695 meter persegi ini menampilkan empat unit paparan kenderaan serta enam pengecas EV, termasuk dua pengecas pantas DC 120kW.
Dengan lokasi yang strategik, HK Electra memainkan peranan penting sebagai pusat utama bagi pemilik EV di Pantai Timur.

Ghee Hua – smart Kuching: Membawa Teknologi smart ke Sarawak
Sebagai nama yang dikenali dalam industri automotif Sarawak, Ghee Hua Co. Sdn Bhd kini melangkah ke dalam pasaran EV dengan menawarkan model smart dan Proton e.MAS.
Langkah ini menyokong usaha Proton dalam memperkenalkan EV premium yang menggabungkan kejuruteraan Geely dan reka bentuk Mercedes-Benz untuk pengalaman pemanduan luar biasa.
Ghee Hua juga diiktiraf menerusi anugerah seperti Consumers’ Choice Award (2023 & 2024) dan Top Merchant & Marvelous Award (2023).
Menerusi konsep smart Space & Service Center, pengedar ini berusaha menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar dan menyeluruh.
Bertempat di Lot 136-137, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak, pusat pengedaran ini akan memudahkan akses kepada orang ramai terutamanya di Kuching.

Promosi Eksklusif smart Feb-ulous: Jimat Sehingga RM31,000!
Bersempena pengembangan jenama ini, smart Malaysia memperkenalkan Feb-ulous Deals, menawarkan penjimatan menarik sepanjang bulan Februari. Pelanggan berpeluang menikmati:
- Diskaun 10% (sehingga RM31,000) untuk model smart #1 dan smart #3.
- Hadiah eksklusif termasuk smartCharge Home Charger dengan pemasangan standard percuma.
- Kredit pengecasan bernilai RM1,000.
- Keistimewaan korporat untuk pelanggan terpilih.
Sebagai peneraju dalam industri EV di Malaysia, ini adalah masa terbaik untuk merasai teknologi mobiliti pintar dengan smart.







