TOYOTA MR2 GENERASI BARU AKAN DILANCAR 2026.
Walaupun GR Supra dikhabarkan akan tamat pengeluarannya pada tahun 2026, tetapi Toyota komited untuk menghasilkan semula sebuah lagi kereta sport popular 90an satu ketika dulu iaitu Toyota MR2 yang ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2007.
Menurut laman sesawang Best Car Megazine, model terbaru MR2 ini akan dihasilkan dengan mengambil inspirasi rekaan Ferrari dan model konsep MR2 telah ditayangkan ketika Japan Mobility Show 2023. Walaupun model konsep Toyota FT-Se Sport menggunakan rekaan elektrik, namun enjin yang paling sesuai ketika ini ialah enjin 1600cc 3 silinder G16E-GTS.
Berbanding dengan GR Yaris yang menjana 270 kuasa kuda dan GR Corolla yang menghasilkan 300 kuasa kuda, enjin 3 silinder ini dijangka akan menghasilkan sehingga 320 kuasa kuda sebelum disalurkan pada roda belakang. Mengekalkan rekaan tradisi MR2, enjin ini akan dipasang di bahagian belakang pemandu untuk agihan berat yang baik
Ketika Toyota MR2 dihasilkan pada tahun 1989, ia digelar “Ferrari orang miskin” disebabkan rekaannya yang mirip model Ferrari Maranello 308 GTB dari versi pertama sehinggalah versi ketiga yang berakhir pada tahun 2007.
Model lama MR2 menggunakan enjin pilihan 1500cc, 1600cc, 1800cc dan juga 2000cc samaada aspirasi normal ataupun dengan teknologi turbo. Ketika dipamerkan di Japan Mobility Show, model konsep tampil dengan gaya yang dipinjam daripada Ferrari 296 GTB dan juga Lotus Evora.
Best Car Magazin juga melaporkan Toyota merancang untuk melancarkan MR2 pada tahun 2006 dengan harga jualan 65,000 USD termasuklah beberapa varian ekslusif GRMN (Gazoo Racing tuned by Meister of Nurburgring)