
TEMPAHAN LAMBORGHINI URUS SE PHEV DIBUKA – JANA 789HP, JARAK GERAK 60KM, HARGA BERMULA RM1.02 JUTA
Lamborghini, jenama automotif dari Itali, hari ini melakukan debut untuk jentera baharunya, Urus SE plug-in hybrid (PHEV) di Malaysia.
Kereta ini mempunyai reka bentuk baharu berbanding Urus lain, hadir dengan aerodinamik yang dioptimumkan, teknologi lebih maju, dan menawarkan sistem PHEV.
Dari segi penggayaan, Urus SE tampil dengan badan yang sporty dan berotot bagi menekankan kesan atletik SUV.

Elemen baharu lain termasuklah gugusan lampu hadapan LED matriks serta bampar depan dan gril yang direka bentuk semula.
Selain itu, terdapat gugusan lampu corak “Y” ikonik di bahagian belakang, selain diserlahkan lagi melalui rim aloi Galanthus 23-inci yang dibalut dengan tayar Pirelli P Zero, menawarkan pengendalian boleh dipercayai semasa memandu.
Di dalam, Lamborghini telah membuat penambahbaikan dengan menyediakan kelengkapan seperti skrin 12.3-inci, dibekalkan teknologi teknologi Human Machine Interface (HMI) yang lebih canggih.

Dari segi prestasi, SUV itu dilengkapi enjin 4.0 liter V9, menghamburkan 611hp dan 800Nm tork serta digabungkan dengan motor elektrik 189hp dan 483Nm tork, menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 789hp dan 950Nm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan, pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.4 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 312 km/j.
SUV ini dilengkapi bateri berkapasiti 25.9kWj yang mampu membuatkan kereta ini bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sehingga 60km.
Lamborghini menawarkan sebelas mod pemanduan bagi memenuhi keperluan pemanduan penggunanya, terdiri daripada Strada, Sport, Corsa, Neve, Sabia, Terra, EV Drive, Hybrid, Performance dan Recharge.
Lamborghini Urus SE kini dibuka untuk tempahan di Malaysia dengan harga jualan bermula RM1,028,000.
GALERI:











- BACA: POLESTAR DAN STOREDOT BERJAYA CAS PROTOTAIP POLESTAR 5 DARI 10 – 80% DALAM 10 MINIT!
- BACA: CUKAI JALAN KENDERAAN EV 85 PERATUS LEBIH MURAH
- BACA: PROTON X50 2024 DILANCARKAN – TAMPIL DENGAN KEMASKINI; NVH, PROTONLINK, POWER TAILGATE – HARGA BERMULA RM86K
- BACA: AS SAMAN HYUNDAI KERANA GUNAKAN PEKERJA BAWAH UMUR