
LEXUS LBX RASMI DILANCARKAN – DUA VARIAN, JANA 136HP, HARGA BERMULA RM238K
Lexus Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan SUV kompak baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Lexus LBX 2024.
Ditawarkan dalam dua varian, Premium dan Luxury, ia boleh dimiliki pada harga bermula RM238,888 hinga RM268,888.
LBX dibangunkan dari platform GA-B dengan dimensi panjang 4,190mm, lebar 1,825mm, tinggi 1,545mm dan jarak roda 2,580mm.
LBX merupakan model Lexus pertama dibangunkan dari platform GA-B dan disesuaikan mengikut keperluan Lexus dan juga Lexus Driving Signature.

Dari luar, ia tampil dengan reka bentuk jeriji tanpa bingkai bagi meningkatkan kecekapan aerodinamiknya serta dipadankan bersama unit lampu projektor tunggal dengan fungsi Auto High Beam, rim aloi 17-inci (Premium) dan rim dua tona 18-inci (Luxury).
Lexus LBX 2024 datang dengan enam pilihan warna standard;
- Silver Metallic
- Astro Grey Metallic
- Sonic Chrome
- Sonic Copper
- Sonic Quartz
- Black Mica
Sementara, tiga lagi warna – Red Spinel, Passionate Yellow dan Deep Azure Mica Metallic – perlu ditempah khas.
Di bahagian dalam, ia menggunakan pendekatan konsep Tazuna, dilengkapi skrin kluster digital berukuran 12.3-inci atau 7-inci untuk model Premium, skrin tengah 9.8-inci, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, selain terdapat sistem audio Mark Levinson Premium Surround Sound 13 pembesar suara atau 6 untuk varian Premium.

Beralih pada kuasa, Lexus LBX dipacu oleh enjin hibrid elektrik 1.5 liter, berupaya menghamburkan kuasa 136hp dan 185Nm.
Nadi berkenaan dipadankan dengan eCVT lapan nisbah kelajuan dan mempunyai daya pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 9.2 saat.
Untuk ciri keselamatan, ia menerima kelengkapan seperti Lexus Safety System+, merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran, Kawalan Jelajauh Dinamik Radar, Bantuan Pengesanan Lorong, Bantuan Pengekalan Lorong serta Bantuan Papan Tanda Jalan.
Ciri-ciri standard tambahan yang menyokong pemanduan lebih selamat turut tersedia, antaranya sistem bukaan pintu e-latch, dipadankan dengan sistem keselamatan Safe Exit Assist, Lexus Teammate Advanced Park, Amaran Lintasan Trafik Belakang serta Sistem Pemantauan Titik Buta.
GALERI:

















- BACA: MASIH WUJUD MEKANIK JUJUR, TAK KETUK HARGA KAW-KAW – PELANGGAN JIMAT RM700
- BACA: LOTUS EMEYA HYPER-GT ELEKTRIK TIBA DI PASARAN MALAYSIA – TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM575K
- BACA: YAMAHA MT-09 BAKAL HADIR DENGAN GEAR AUTOMATIK Y-AMT PADA 2025
- BACA: SUBARU BRZ 2025 DIPERKENAL DI JEPUN, MOD SPORT UNTUK MODEL MANUAL