
HAIER MALAYSIA LANCAR 12 PRODUK BAHARU, SASAR TINGKAT JUALAN 40 PERATUS
Haier Malaysia hari ini mengumumkan peningkatan 43 peratus dalam keseluruhan perniagaannya untuk separuh pertama tahun 2024 berbanding separuh pertama tahun 2023.
Selepas mengadakan tinjauan dalaman, syarikat ini berhasrat untuk meningkatkan penawaran peti sejuk dan peti beku mereka untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Pengarah urusannya, Fan Jing berkata syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi jumlah jualan pada tahun ini.
“Dengan pengenalan varian baharu peti sejuk dan penyejuk beku ini, kita sasar untuk tempoh enam bulan seterusnya pada tahun ini meningkat sebanyak 40 peratus,” katanya.

Seiring dengan ini, Haier telah melancarkan barisan baru peti sejuk dan penyejuk beku yang disertakan dengan teknologi terkini untuk meningkatkan standard penyejukan rumah serta mengekalkan kesegaran makanan lebih lama.
Barisan baru ini terdiri daripada 12 model dan variasi untuk menawarkan pelanggan pilihan yang sesuai dengan keperluan penggunaan mereka.
Model utama dalam barisan ini adalah peti sejuk HRF-IM758FG(SG)U1 yang baharu dengan teknologi pemeliharaan inovatif, dinamakan ‘all-space preservation’.
Peti sejuk HRF-IM758FG(SG)U1 berupaya menjaga kesegaran makanan lebih lama dan mengutamakan gaya serta fungsi.
Menurutnya, teknologi Fresher Shield meminimumkan pemindahan haba ke dalam peti beku semasa pencairan untuk mengawal perubahan suhu.
Model 4 pintu ini adalah yang terbesar dari Haier dengan kapasiti 758L untuk menawarkan ruang mencukupi.
Selain itu, peti sejuk ini dilengkapi dengan sensor yang memantau operasinya dan membolehkan pengguna mengawal tetapan atau memeriksa kandungan secara jarak jauh melalui telefon pintar menerusi aplikasi HaiSmart.
Peti sejuk HRF-IM758FG(SG)U1 ini akan mula dijual pada bulan Ogos dengan harga RM7,899 sahaja.
Selain peti sejuk HRF-IM758FG(SG)U1, produk lain diperkenalkan termasuklah Multi Door HRF 595 dan 480 series, HWS-84G & 49G dan penyejuk beku HUR-181, 261 serta 331NE.
“Bagi rangkaian model baharu ini juga, kita sasarkan jualan kira-kira 1,000 unit setiap bulan sehingga hujung tahun ini,” tambah Fan Jing.

