
SMART MALAYSIA LANCAR PROGRAM PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN SMARTCARE
smart Malaysia mengumumkan pelancaran smartCare, program perkhidmatan selepas jualan yang direka untuk memastikan kebolehgunaan semua kenderaan smart.
Program komprehensif ini merangkumi pelbagai perkhidmatan dan ciri produk yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan premium serta mengekalkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan kenderaan smart.
Program smartCare memperkenalkan lapan ciri penting kepada ekosistem perkhidmatan selepas jualan smart, merangkumi;
- Pengalaman Digital yang terbaik
- Pengurusan Bateri serta Perkhidmatan Selepas Jualan iaitu Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi (HV) secara langsung
- Perkhidmatan Digital Selepas Jualan melalui Aplikasi Hello smart
- Pembaikan Bateri HV Tempatan
- Rakan Gudang dan Logistik
- Kemudahan Outlet Servis dengan Bilik penyimpanan Bateri HV
- Pengecas EV di seluruh Pengedar smart
- Juruteknik yang berkelayakan dan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (Body & Paint)

Aspek unik dalam ekosistem smartCare ini adalah Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi secara langsung.
Ciri keselamatan ini direka khas untuk menawarkan solusi pencegahan bagi isu yang berpotensi berlaku melalui pemantauan kesihatan bateri secara langsung di dalam kenderaan smart.
Sistem ini membolehkan kereta menghantar notifikasi terus ke smart Central, bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan segera.
Untuk sebarang pertanyaan, pemilik boleh menghubungi Pusat smartCare di talian 1-800-22-8877 bagi memastikan sokongan serta bantuan segera untuk kenderaan mereka apabila diperlukan.
Kerjasama smart dengan perkhidmatan pembaikan bateri HV tempatan juga antara ciri yang terdapat pada smartCare.

Kolaborasi dalam pengurusan bateri membolehkan smart Malaysia menyediakan pembaikan dengan segera dan mesra alam dalam menggunakan semula komponen yang berfungsi, sekaligus meminimumkan masa henti serta mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
Juruteknik bateri yang berkelayakan di pusat pembaikan tempatan smart komited untuk memberikan tahap penjagaan terbaik bagi dan ini juga diperkukuhkan dengan pemilikan sijil latihan berprestij.
Selain itu, rakan pasukan di smart Malaysia yang terdiri daripada pakar EV terlatih disokong oleh smart Central di China, memastikan perkhidmatan selepas jualan bertaraf tinggi melalui latihan intensif berterusan dan pengetahuan terkini mengenai teknologi EV.
Bagi Perkhidmatan Selepas Jualan, smart Malaysia menjalinkan kerjasama dengan penyelia gudang dan logistik yang dipercayai untuk memastikan alat ganti kenderaan tersedia dapat diuruskan lebih efisien.
Untuk rekod, lebih daripada 3,000 SKU serta 10,000 alat ganti di dalam unit penyimpanan stok dan smart Malaysia merupakan satu-satunya jenama yang mempunyai Bilik Bateri Bervoltan Tinggi.
Di samping itu, smart Malaysia juga telah memperkenalkan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (B&P) yang terletak di smart Ipoh, smart KL B&P, dan smart Penang.
Kesemua kemudahan ini serba lengkap dalam mengendalikan perlbagai perkhidmatan seperti tuntutan insurans, penggantian cermin hadapan, perkhidmatan cat dan pembaikan kenderaan.
Bukan itu sahaja, kesemua 10 pengedar smart di seluruh negara dilengkapi dengan pengecas EV, menawarkan akses yang mudah kepada kemudahan pengecasan AC dan DC kepada semua pemilik EV.
Perkembangan berkaitan, smart Malaysia akan menganjurkan Program Hari Pelanggan smartCare dan ingin menjemput semua pemilik kereta smart untuk menyertai sesi informatif dan interaktif ini.
Pelanggan boleh belajar serta mendalami penerangan teknikal, di mana pakar produk smart akan berkongsi maklumat mengenai operasi kenderaan, prosedur pengecasan dan juga tips penyelenggaraan.
“Kempen smartCare direka untuk menyediakan sokongan praktikal dan panduan kepada para pelanggan smart dalam memastikan pengalaman mereka dengan smart bebas dari sebarang masalah,” Kata Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang.