
LOTUS EMEYA HYPER-GT ELEKTRIK TIBA DI PASARAN MALAYSIA – TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM575K
Lotus Cars Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Emeya, Hyper-GT elektrik pertama dari Lotus, menawarkan tiga varian untuk pasaran tempatan; Emeya, Emeya S dan Emeya R.
Emeya direka dengan ciri-ciri aerodinamik aktif dan inovatif serta digabungkan dengan pusat graviti yang rendah, memberikan Emeya sebagai ‘hyperstance’ untuk kestabilan keseluruhan, sekaligus menetapkan piawaian baharu dalam segmen GT.
Beralih pada kuasa, jentera ini berupaya menghamburkan kuasa 905hp, tork 985Nm, dan keupayaan memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.78 saat.
Kuasa dan ketepatan Emeya datang daripada transmisi dua kelajuan canggih dan konfigurasi dua motor berkuasa tinggi yang berfungsi bersama sistem brek gred perlumbaan untuk memberikan prestasi mengagumkan.

Apabila disambungkan kepada pengecas DC pantas 350kW, Emeya boleh memperluas jaraknya sebanyak 150km dengan hanya pengecasan lima minit dan mampu meningkatkan jarak dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa 18 minit.
Ia mempunyai jarak pemanduan WLTP maksimum antara 490km hingga 600km bergantung kepada varian.
Bagi keselamatan, ia dimuatkan dengan ADAS termasuk amaran keluar lorong, amaran pelanggaran hadapan, dan sistem pemantauan titik buta.
Maklumat penting boleh diakses melalui skrin head-up realiti terimbuh (AR) sebesar berukuran 55-inci.
Beralih pada harga, ia diberi tanda harga bermula dari RM575,000 dan boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut kehendak pelanggan, tempahan kini dibuka manakala penghantaran akan bermula dalam tempoh 4 bulan.
Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, Emeya akan dipamerkan secara eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur dari 30 Julai hingga 4 Ogos.
Anda dijemput untuk sesi tontonan peribadi yang akan diadakan setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan mendaftar minat di events.lotuscarsmalaysia.com/form
GALERI:






