Buletin

STESEN MINYAK PROMO SIAPA PAKAI BIKINI DAPAT BAHAN API PERCUMA, YANG DATANG LELAKI

Sebuah stesen minyak di Rusia ingat mereka mempunyai pelan pemasaran pintar apabila akan menawarkan bahan api percuma kepada sesiapa sahaja yang datang dengan memakai bikini. 

Tanpa mereka jangka, ramai kaum lelaki yang datang ke sana memakai bikini dengan harapan mendapat minyak percuma. Situasi itu menimbulkan rasa geli hati dalam kalangan netizen. 

“Stesen minyak tawar bahan api percuma kepasa sesiapa yang pakai bikini. Inilah yang berlaku,” ciap seorang pengguna Twitter, Yuri B. Ciapan itu dibalas oleh individu bernama Gicheru, “Inilah ekkonomi, saya akan pakai bikini untuk satu tangki penuh. 

Sudah pasti, idea di sebalik pemasaran ini adalah untuk memancing wanita cantik berbikini ke stesen minyak mereka. Sebaliknya, ramai lelaki tidak kisah berbikini demi mendapat minyak percuma. Malah, tidak pasti ada atau tidak wanita yang pergi ke sana. 

Satu lagi kesilapan pemasaran ini ialah pihak penganjur tidak menyatakan golongan lelaki tidak boleh mengambil bahagian. Jadi mereka yang datang tidak melanggar apa-apa peraturan. 

Nampaknya, mereka seronok memakai bikini walaupun mungkin ada yang rasa nak termuntah. hahaha.. Padahal, dia orang  boleh sahaja memakai bikini yang lebih ‘sopan’, tetapi mereka all out! Siap pakai kasut tumit tinggi lagi. – BOLDE 

Google ads
"
"
Back to top button