Motosikal

BMW MOTORRAD MALAYSIA LANCAR R NINET 2021. TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM82,500

BMW Motorrad Malaysia melancarkan jentera terbaharu BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler.

Roadster retro terbaharu itu ditawarkan pada harga berikut (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti 3 Tahun yang baharu dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia): –

  • BMW R nineT (Black Storm)                                  RM 96,500.00
  • BMW R nineT Pure                                                  RM 82,500.00
  • BMW R nineT Scrambler                                         RM 86,500.00

BMW R nineT didatangkan dengan warna standard hitam (Black Storm Metallic), Option 719 Aluminium dan Option 719 Night Black Matte/Aluminium Matte.

Bagi varian BMW R nineT Pure pula, terdapat pilihan warna biru (Teal Blue Metallic Matte) dan kelabu (Mineral Grey Metallic) manakala BMW R nineT Scrambler ditawarkan dalam warna Kalamata Metallic Matte.

Kesemua varian terbaharu itu dilengkapi lampu hadapan adaptif dan lampu indikator LED dengan ciri Headlight Pro.

Selain itu, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler hadir dengan paip ekzos bersalut krom manakala gubahan ekzos dengan peredam bunyi disediakan sebagai standard bagi BMW R nineT Pure.

Sentuhan klasik model-model BMW R nineT terletak pada kluster instrumen berbentuk bulat baharu dipadankan paparan meter analog.

Kesemua varian R nineT 2021 mendapat khidmat enjin boxer yang mampu menjana kuasa mencecah 109hp @ 7,250 rpm dan tork 116 Nm @ 6,000 rpm.

Jentera BMW R nineT dilengkapi mod tunggangan Rain dan Road untuk memberi keselesaan penunggangan.

Melalui mod Rain, respons pendikit yang ringan digandingkan dengan kawalan ASC (Automatic Stability Control) yang sensitif untuk menjamin tahap keselamatan lebih tinggi ketika memecut di atas permukaan jalan raya licin atau basah.

Dalam mod tunggangan Road pula, respons pendikit tersebut diseimbangkan, dan kawalan ASC akan berpaksikan kondisi jalan raya kering dan tidak licin.

Dari aspek keselamatan, ia hadir dengan ciri terbaharu ABS Pro merangkumi Kawalan Brek Dinamik (Dynamic Brake Control).

BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler boleh didapati di pusat pengedaran terpilih BMW Motorrad bertauliah di seluruh negara.

GALERI:

Google ads
Back to top button