Buletin

FORD HASILKAN MINYAK WANGI BERBAU MINYAK PETROL

Hendak beli kereta elektrik seperti Ford Mustang Mach-E tetapi masih rindukan bau minyaak petrol? Jangan bimbang kerana Ford Eropah kini ada menawarkan minyak wangi yang berbau seperti minyak petrol dikenali sebagai Mach-Eau. 

Minyak wangi itu dihasilkan selepas kaji selidik yang dilakukan oleh Ford mendapati satu daripada lima orang pemandu memberitahu mereka akan merindukan wangi kenderaan petrol selepas bertukar kepada kenderaan elektrik. 

Menurut Ford, produk itu merupakan minyak wangi premium khas untuk mereka yang mahukan prestasi Mach-E GT. Tetapi pada masa sama inginkan bau kereta berenjin petrol. Malangnya, minyak wangi itu anda tidak boleh beli di mana-mana pengedar Ford. 

Didedahkan pada acara Goodwood Festival of Speed, Mach Eau hanya dihasilkan oleh Ford sebagai cara untuk menepis mitos mengenai kereta elektrik dan ingin meyakinkan orang ramai mengenai potensinya. 

Harus tahu bauan itu bukanlah bau macam minyak petrol yang boleh anda pakai. Ford memberitahu minyak wangi tersebut mempunyai bau asap, elemen getah dan binatang. Ia dihasilkan oleh perunding wangian terkemuka, Olfiction. Ia memulakan projek berkenaan dengan melihat kepada bahan-bahan kimia yang dihasilkan oleh ruang dalaman kenderaan, enjin dan minyak petrol. 

Bahan-bahan kimia itu merangkumi benzaldehyde dan para-cresol. Ia kemudian diadun bersama halia biru, lavender, geranium dan sandalwood.  

Google ads
Back to top button