Artikel PilihanMotosikal

SUZUKI KATANA TELAH TIBA!

Lewat petang semalam, Suzuki Malaysia telah memuatnaik beberapa keping foto Suzuki Katana di hadapan premis mereka di Pulau Pinang.

Dengan satu caption pendek, mereka memberitahu bahawa motosikal ini baru sahaja sampai “Ya. Dah sampai dah”

Ia menandakan motosikal ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Lazimnya dengan beberapa proses dokumentasi, VTA dari pihak berkuasa, Katana akan tiba ke pengedar Suzuki tak lama lagi.

Reka bentuk Katana baru sebenarnya merupakan penghormatan kepada GSX1100S tahun 1981, model yang diperkenalkan kepada dunia nama Katana buat kali pertama.

Dari lampu bersegi ke fairing yang dramatik, Katana baru berkembang dari generasi pertama. Bentuk yang lebih moden dan terasa lebih padat berbanding nenek moyangnya dengan badan yang lebih pendek dan ekor yang lebih tirus.

Ia meminjam enjin GSX-R1000, empat baris 999cc yang menghasilkan 148 kuasa kuda dan kira-kira 80 lb-ft tork.

Dengan reka bentuk bersejarah ini, ia dilengkapi dengan teknologi moden. Katana menerima ciri-ciri seperti tork limiter, mod tunggangan tiga pemacu, ABS, sistem brek dari Brembo, set lampu LED moden dengan rekabentuk yang cuba meniru model asalnya.

Sebenarnya, ramai yang tak sedar bahawa jenama Suzuki di Malaysia masih wujud. Namun bukan untuk kesemua model, sebaliknya Suzuki Assemblers Malaysia hanya membawa masuk model-model berkuasa tinggi yang dipasang siap di Jepun.

Model paling kecil yang mereka ada ialah skuter Maxi Burgman 400cc. Kemudian Gladius 650, V-strom dan varian GSX, GSX-R serta Hayabusa.

Persoalan yang mungkin bermain di fikiran ramai ialah berapakah harga jualannya?

Tiada maklumat kukuh yang kami terima setakat ini. Namun memandangkan ia dibina berasaskan model GSX-1000, kiraan terhampir untuk Katana mungkin bergantung pada varian yang diasaskan dari model ini.

Model terhampir yang boleh dijadikan kayu pengukur ialah GSX-S1000 iaitu dalam lingkungan RM70,000 hingga RM80,000. Logiknya, Katana akan dijual pada harga dalam julat ini.

GALERI

Google ads
Back to top button