Buletin

SYARIKAT BAS EKSPRES SUPERNICE DAFTAR PROGRAM SCANIA ECOLUTION

Syarikat Express Seni Budaya (M) Sdn Bhd (Express Seni Budaya), melalui jenama SuperNice Express (SuperNice) menjadi syarikat bas ekspress pertama di wilayah utara Malaysia yang berdaftar untuk Scania Ecolution. 

Langkah itu merupakan sebahagian daripada komitmen mereka untuk mengurangkan jejak karbon serta membantu menjaga alam sekitar. 

Majlis tandatangan telah dimeterai antara Pengarah Jualan Scania Asia Tenggara, Daniel Tan Soo Liang dan Pengarah Urusan Express Seni Budaya, Roy Chew Kok Yong di Bread History Sdn Bhd (Bread History), sebuah kedai roti dan restoran bertempat di Caltex kawasan Rehat dan Rawat Juru. 

Penyerahan kunci Scania K360IB4x2NB juga diadakan, sekali gus meningkatkan jumlah fleet SuperNice kepada 35 buah bas.

Bread History menyediakan ruang menunggu pertama serta titik pengambilan yang lengkap dengan ruang makan dan minuman, selain kemudahan tandas untuk penumpang SuperNice hasil daripada gabungan usaha kedua-dua syarikat tersebut. 

Mereka juga merancang untuk membuka lebih kemudahan servis sebegini di semua cawangan Bread History di sekitar wilayah utara.

Scania Ecolution merupakan satu kerjasama khusus di antara Scania dan pelanggannya untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan secara langsung membantu mengurangkan pembebasan karbon dioksida ke udara. Ia  juga bertujuan membantu pengurangan kos operasi. 

Seperti semua bas Scania milik SuperNice sejak tahun 2015, Scania K360IB4x2NB dibiayai menerusi Scania Credit (M) Sdn Bhd.

Bas berkenaan dilengkapi kotak gear Opticruise, suspensi udara, Electronic Braking System depan dan belakang, perencat serta 3 sensor penggera kebakaran.

Google ads
Back to top button