Artikel Pilihan

SUSPENSI TORSION BEAM. KENAPA MASIH DIGUNAKAN?

Proton X50, Perodua D55L, Proton Persona, Mazda 2, Toyota Vios, Honda City, dan Volkswagen Polo adalah antara model kereta yang masih menggunakan suspensi belakang dari jenis torsion beam. Malah Mazda juga bagi model terbaru sedan Mazda 3 dan crossover Mazda CX-30 menggunakan suspensi yang sama.

Suspensi torsion beam ini sebenarnya tergolong dalam kategori dependent suspension, dimana tayar kiri dan kanan akan dihubungkan dengan menggunakan satu bar. Bar ini juga akan bertindak sebagai anti roll bar. Apabila salah satu tayar menerima beban (dipandu di atas binggol atau melepasi lubang), salah satu tayar akan berpusing sedikit tapi pergerakannya adalah terbatas.

Antara sebab pengeluar memilih untuk terus menggunakan torsion beam walaupun terdapat pilihan lain yang lebih vaik dan canggih seperti multi-link dan double wish bone ialah

1. Murah – rekaan torsion beam lebih ringkas berbanding Multi Link dan juga Double Wishbone. Jadi pengeluar tidak memerlukan kos yang lebih untuk menghasilkan rekaan torsion beam termasuklah dari segi bahan, proses pembuatan dan juga peralatan yang rumit di barisan pengeluaran. Ini menjadikan kos penghasilan torsion beam lebih murah.

2. Senang untuk penyelenggaraan – kedudukan sudut tayar telahpun ditetapkan semasa pemasangan torsion beam di kilang lagi. Jadi pemilik kereta tidak perlu melakukan proses penjajaran semula (alignment) bagi tayar belakang. Ini bermakna kos pemilikan torsion beam lebih murah

3. Lebih ruang – disebabkan kurang pergerakan komponen mekanikal dan ruang yang digunakan adalah sedikit, jurutera boleh menggunakan ruang yang sedia ada untuk menghasilkan ruang kargo yang lebih besar. Sebagai contoh Perodua Bezza memiliki ruang kargo sebesar 508 liter dan Honda City sebesar 536 liter

4. Lebih ringan – disebabkan rekaan torsion beam lebih ringkas, ia kurang komponen dan lebih ringan. Keadaan ini akan menyumbangkan penggunaan petrol yang lebih menjimatkan.

Ruang kargo City sebesar 536 liter

5. Kurang Pelapik Getah – Torsion beam juga tidak memerlukan pelapik getah yang banyak seperti suspensi yang lain. Ini menjadikan kos penghasilan dan kos penyelenggaraan kepada pemilik semakin rendah.

6. Bar Anti Oleng – Besi yang menyambungkan antara tayar kiri dan kanan boleh bertindak sebagai bar anti oleng (anti roll bar) , mengurangkan olengan cesi ketika selekoh. Namun kebanyakan rekaan sekarang akan menambah satu lagi bar anti oleng bagi menghasilkan kawalan cesi yang lebih kemas

Dalam bulatan, cesi Mazda 3 diperkukuhkan dengan braces X

7. Boleh ditetapkan untuk pemanduan sporti – bagi kereta yang telah direka untuk pemanduan sport seperti Renaul Clio RS, Volkswagen Polo GTi, Mazda 3, dan Honda CRZ pengeluar hanya perlu memastikan cesi dihasilkan dengan lebih tegar dan kuat sebelum dipasangkan pada model sporti ini.

Cesi yang rigid akan menjadikan kawalan cesi lebih baik tanpa perlu bergantung pada suspensi yang rumit. Hanya gandingkan dengan spring dan penyerap hentak yang sedikit keras bagi menghasilkan pemanduan sporti.

Google ads
"
"
Back to top button