Buletin

SCANIA SERAH TRAK RIGID DENGAN KAWALAN SUHU PERTAMA DI MALAYSIA KEPADA BENGTENG TRUCKKING

Scania Malaysia baru-baru ini menyerahkan New Truck Generation (NTG) jenis Rigid P250B4x2NZ berbadan kotak dengan kawalan suhu Scania yang pertama kepada Bengteng Truckking Services Sdn Bhd (Bengteng Truckking). 

Penyerahan itu melengkapkan pembelian terbaru lima unit New Truck Generation Scania yang terdiri daripada tiga trak penggerak utama (prime mover) G360 A4x2NA dan dua jenis rigid berbadan kotak P250B4x2NZ Scania. 

Prime Mover Scania merupakan trak tugas berat pertama yang akan digunakan oleh Bengteng sejak ia ditubuhkan. Sempena sambutan 50 Tahun Pertama Scania, penyerahan kunci disempurnakan oleh Pengurus Jualan Nasional untuk Trak Scania Malaysia, Gary Chin kepada pengasas dan pemilik Bengteng, Chong Wai Choong. 

“Keputusan untuk membeli New Truck Generation Scania merupakan langkah bijak kerana tempahan Bengteng dari Singapura telah meningkat. Manakala volum pula bertambah sehingga lima muatan kontena 40 kaki setiap minggu. Jadi, adalah wajar untuk kami membeli tiga unit prime mover trak Scania yang pertama ini.

“Trak rigid Scania yang mempunyai kawalan suhu adalah paling sesuai untuk mengangkut produk beku, sejuk, segar, kering dan produk lain yang sensitif pada suhu serta mudah rosak,” kata Pengurus Pembangunan Perniagaan, Bengteng Truckking Services, Denice Chong. 

Scania Rigid mempunyai kabin yang unik dengan tempat duduk boleh laras berhampiran pintu, alat panel ergonomik dan kaca depan yang besar dengan pandangan luas. Ini membolehkan pemandu mengendalikannya dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

Scania Rigid juga dibina agar lebih jimat dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2). Ini kerana ia dilengkapi rankaian kuasa canggih serta penyelesaian aerodinamik yang memberikan penjimatan bahan api sebanyak tiga peratus. 

Bengteng Truckking yang sebelum ini dikenali sebagai Bengteng Trading ditubuhkan pada tahun 1990 dan mengendalikan lebih 100 trak. Ia merangkumi perkhidmatan sewa berdasarkan muatan satu tan, lima tan, 10 tan dan treler 40 kaki. 

Syarikat turut mengkhusus dalam pengangkutan produk makanan dengan menggunakan trak rigid pelbagai saiz yang mempunyai kawalan suhu ke seluruh Semenanjung Malaysia, Pulau Pangkor dan Langkawi dan Singapura.

Google ads
Back to top button