
SCANIA SUPER 7. TAWAR PELAN ANSURAN DAN PENYELENGGARAAN SELAMA 7 TAHUN YANG FLEKSIBEL
Scania baru-baru ini melancarkan Promosi Super 7, sekali gus menjadikannya sebagai pengeluar traj tugas berat pertama di Malaysia yang menawarkan pakej gabungan pelan ansuran tujuh tahun bersama kontrak penyenggaraan tujuh tahun kepada pelangganya. Program berkenaan dikatakan dapat mengunci keuntungan selama tujuh tahun pada pembeliaan trak Scania.
Bakal berakhir pada 31 Disember 2022, Pelan Ansuran Scania menawarkan pembiayaan dan insurans yang fleksibel untuk tempoh tujuh tahun. Pelan itu akan membolehkan pelanggan menganggar kos dan risiko yang boleh diurus.
Sebagai sebuah syarikat global, Scania akan bekerjasama rapat dengan setiap pelanggan dan menyediakan penyelesaian pengangkutan demi memenuhi keperluan dan menangani kebimbangan perniagaan mereka.
Misalnya, mengoptimumkan kos pembiayaan untuk pengurusan aliran tunai dengan menyediakan pelan kewangan terbaik. Apabila kenderaan pelanggan Scania tidak dapat beroperasi, tawaran insurans akan menukar masa henti kepada masa operasi.

Dari segi penyenggaraan, Super 7 memberikan kos tetap selama 7 tahun yang membolehkan pelanggan merancang kos operasi mereka dan tidak bimbang tentang sebarang peningkatan kos penyenggaraan sepanjang tempoh tersebut.
Kos tetap meliputi penyenggaraan oleh juruteknik terlatih profesional, menggunakan bahagian/kit, alatan dan kaedah yang betul serta penjadualan optimum untuk kenderaan pelanggan berada di bengkel. Ini akan memastikan masa beroperasi secara maksimum di jalan raya.
Pelanggan juga akan menikmati lebih banyak penjimatan apabila mereka menaik taraf daripada penyenggaraan inklusif dua atau lima tahun percuma sedia ada dalam pakej dengan mana-mana pembelian trak Scania baharu (bergantung kepada varian), kepada Super 7.
Kos tetap diagihkan sama rata sepanjang tempoh tujuh tahun untuk memberi pelanggan kos yang boleh diramal dari hari pertama, seterusnya memberi keuntungan dan penjimatan jangka panjang.
Untuk menerima keuntungan 7 tahun dengan pembelian mana-mana trak Scania boleh berbuat demikian mulai hari ini hingga 31 Disember 2022, hubungi kami di 03-7845 1000, e-mel di [email protected], layari scania.com.my atau lawati Pusat Jualan dan Perkhidmatan Scania Malaysia berhampiran dan berbincang dengan Eksekutif Total Solutions Scania. Tertakluk kepada terma dan syarat.
- BACA: SCANIA UJI LORI BERKUASA ELEKTRIK, KUASA ELEKTRIK DATANG DARI GRID ELEKTRIK
- BACA: MODE EKONOMI JADI TETAPAN DEFAULT TRAK SCANIA. LEBIH JIMAT DAN KURANG EMISI CO2
- BACA: SCANIA DC16 123, 770 KUASA KUDA DAN 3700NM TORK
- BACA: SCANIA TOTAL SOLUTION. SIAP INSURANS, CUKAI JALAN DAN KONTRAK SERVIS. BAYARAN BULANAN SERENDAH RM7,888