Buletin

SCANIA LANCAR TRAK BAHARU – SUPER DAN NEW BUS GENERATION (NBG), JIMAT BAHAN API SEHINGGA 8-9 PERATUS

Scania hari ini melancarkan trak baharu dikenali sebagai Super dan New Bus Generation (NBG) yang menawarkan penjimatan bahan api sehingga 8-9 peratus serta rangkaian penyelesaian digital iaitu Scania Driver App.

Kenderaan ini menggunakan bahan api FAME sehingga B100 sebagai standard, yang mampu mengurangkan pelepasan CO2 sehingga 80 peratus, sambil menyokong ekonomi negara dan matlamat ESG pelanggan.

Majlis pelancaran serta sesi uji pandu pelanggan ini diadakan di Bandar Malaysia dan mendapat sambutan yang sangat baik dari pelanggan.

Menurut Joyce Antar, Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, “Scania terus memacu perubahan ke arah sistem pengangkutan yang lebih lestari dan menguntungkan dengan menawarkan teknologi terkini.”

Trak Super ini dilengkapi dengan rangkaian kuasa enjin pembakaran yang paling canggih dan efisien, mampu menjimatkan bahan api sehingga 8 peratus dan lebih lagi.

Enjin 13-liter Scania Super ini juga direka untuk memberikan jangka hayat operasi yang lebih lama, sehingga 30 peratus lebih tinggi, serta kuasa sehingga 550hp.

Dengan kecekapan brek enjin terkemuka dalam industri, trak ini menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.

New Bus Generation (NBG) Scania pula mampu menjimatkan sehingga 9 peratus bahan api dan pelepasan tanpa menjejaskan prestasi.

Ia juga menawarkan keselamatan yang dipertingkatkan dengan struktur casis diperkukuh serta sistem amaran keluar lorong baharu.

NBG juga direka dengan persekitaran pemandu dan penumpang dalam fikiran, memberikan keselesaan serta ergonomik terbaik.

Selain itu, Driver App Scania juga dilancarkan, memberikan penyelesaian digital yang memudahkan tugas pentadbiran pemandu serta pengurusan armada.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Scania Malaysia, scania.com.my

GALERI:

Google ads
Back to top button