Buletin

SCANIA BUKA PUSAT JUALAN DAN SERVIS BAHARU DI SENAI

Scania Malaysia baru-baru ini membuka sebuah cawangan jualan dan servis di  Senai, Johor. Kemudahan itu terletak di Lot 39795, Jalan Idaman, Taman Perindustrian Senai. 

“Kami sudah lama bertapak di Johor, iaitu sejak 2002. Langkah untuk berpindah ke premis yang lebih besar dan lebih canggih di Senai adalah untuk memenuhi permintaan semakin meningkat daripada pelanggan di dalam dan luar negeri terhadap Scania,” kata Pengarah Urusan Scania Southeast Asia, Heba El Tarifi. 

Cawangan itu terletak di kawasan seluas 5,000 meter persegi, dikelilingi ruang terbuka yang luas dan landskap hijau. Lampu LED digunakan di semua kawasan premis. Sistem penuaian air, sistem bersepadu yang canggih untuk pendispensan minyak, sistem pengurusan sisa minyak dan stesen alam sekitar bagi memastikan sisa diasingkan dan dikitar semula. 

Semua itu disediakan untuk memenuhi objektif kelestarian Scania. Dalam usaha untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui daripada cahaya matahari, panel suria akan dipasang tidak lama lagi.

Kawasan bengkel mempunyai 16 ruang kerja dengan sebuah kren gantung yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan kakitangan terlatih.

Pelanggan dengan Kontrak Scania akan mempunyai bengkel ‘tempatan’ serta pasukan perkhidmatan berpengalaman dengan kenderaan Scania. 

Kontrak ‘Repair and Maintenance’ yang semakin popular pula  memastikan kenderaan dan enjin Scania sentiasa dilindungi. Ini termasuklah perlindungan ke ayas rangkaian kuasa hingga ke liputan menyeluruh dari ‘bampar ke bampar’. 

Pasukan perkhidmatan Scania memastikan pelanggan mendapat nasihat, penyelenggaraan dan alat ganti yang berkualiti apabila diperlukan. Alat ganti Scania sentiasa tersedia dan akan dihantar dengan pantas oleh Asia Parts Centre di Singapura.

Scania Fleet Management System berperanan menyediakan data kenderaan dalam masa sebenar yang dapat membantu dari segi perkhidmatan proaktif dan pencegahan. Sekali gus dapat memaksimumkan ‘uptime’ dan ekonomi operasi pelanggan.

Google ads
Back to top button