Buletin

TAYAR TRAK MICHELIN MULTI T2. LEBIH TAHAN LASAK, RINGAN DAN MESRA ALAM

MICHELIN baru-baru ini memperkenalkan tayar trak MICHELIN Multi T2 yang disasarkan kepada syarikat perkhidmatan pengangkutan barangan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan, selain mengoptimumkan kos dan produktiviti. 

Tayar itu menawarkan jangka hayat lebih panjang dan ringan, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam. Bagi memenuhi kriteria tersebut, lapisan ‘crown plies’ MICHELIN X Multi T2 telah diperkukuhkan untuk  meningkatkan daya tahan tayar sebanyak 26 peratus terhadap pelbagai jenis bahaya di atas jalan raya. 

Teknologi MICHELIN Regenion pula menawarkan kos perbatuan rendah, jangka hayat 15 peratus yang lebih panjang dan cengkaman yang lebih baik dalam apa jua cuaca.

Dengan reka bentuk bunga tayar baharu, MICHELIN X Multi T2 kini memiliki ketegaran lebih tinggi ketika membelok, serta  10 peratus lebih stabil. Formulasi campuran getah baharu yang digunakan pula menawarkan penambahbaikan sebanyak 10 peratus dari segi perlindungan daripada penggunaan yang agresif.

4 Material baharu itu mampu mengurangkan kerosakan, selain membolehkan tayar untuk dicelup (retreading) dengan lebih baik, dan meningkatkan jumlah perbatuan dengan meminumkan kesan kehausan yang tidak sekata pada bunga tayar.

MICHELIN X Multi T2 menggunakan jumlah material yang lebih rendah. Justeru, beratnya dapat dikurangkan sebanyak 1.7 kilogram 5 berbanding model terdahulu. 

Tayar MICHELIN X Multi T2 kini ditawarkan dalam dimensi 11R22.5 di semua pusat pengedar tayar trak dan treler MICHELIN sah di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari https://www.michelin.com.my 

Google ads
Back to top button