Artikel Pilihan

TAHUKAH ANDA TAYAR BAHARU MESTI DIPASANG DI BELAKANG KENDERAAN? – ABANG PUN BARU TAU

Korang mesti biasa beli sepasang tayar baru untuk kereta kan? Ye la kadang-kadang bajet nak cukup nak tukar kesemua tayar jadi beli sepasang dulu. Semestinya tayar baharu akan diletakkan di hadapan tapi rupanya ia adalah tindakan yang salah. Bukan kami kata tapi pakar yang kata. Ia sepatutnya diletakkan di belakang dan tayar belakang asal dibawa ke hadapan.

Ini bukan pakar memandai-mandai yang tengah trending di negara kita tapi inilah pendapat pengurus teknikal Michelin UK, Brian Porteous. Dia ni kembar tak seiras Brian Paan, editor teknikal kitaorang. Menurut Porteous, ramai yang tidak mengetahui hakikat ini termasuklah kebanyakan kedai-kedai tayar sendiri.

Memang betul. Setiap kali menukar tayar hampir kesemua kedai akan meletakkan tayar baharu di bahagian hadapan dan tayar lama di belakang. Hmm.

Persoalannya kenapa tayar baharu kena dudul belakang sedangkan tayar hadapan yang selalu bekerja keras untuk mengubah haluan dan sentiasa dikenakan daya semasa membrek? Jawapannya ialah untuk kestabilan.

Meletakkan tayar yang paling baharu di belakang akan mengurangkan kejutan oversteer jika berlaku gelongsoran tayar dalam keadaan jalan raya yang basah. Lagi bahaya kalau ada kenderaan lain berhampiran dan tiada benteng menahan untuk mengurangkan impak perlanggaran.

Hanya kenderaan yang stabil mampu memberikan cengkaman dan kuasa yang baik, kata Porteous. Jika kenderaan anda stabil, kuasa brek dan cengkaman yang dihasilkan oleh tayar lama sudah memadai untuk keselamatan anda.

Satu lagi faktor lain ialah gelongsoran pada roda hadapan lebih mudah dikawal oleh pemandu berbanding gelongsoran pada tayar belakang. Kalau tak percaya cuma bermain dengan konfigurasi kereta dalam permainan video Gran Turismo. Cuba tetapan tayar hadapan dan belakang. Konfigurasi tayar lembut di hadapan dank eras di belakang akan mengakibatkan aksi drift yang sukar dikawal. Macam mana kalau ia berlaku dalam dunia sebenar?

Pakar dari Michelin turut menegaskan yang peraturan tayar baharu di belakang adalah untuk semua jenis kenderaan. Tak kira la sama ada anda memandu kenderaan FWD, RWD ataupun 4×4.

Walaupun karektor dan langkah yang perlu diambil untuk memulihkan kembali kestabilan berbeza mengikut jenis kenderaan namun cengkaman terbaik di bahagian belakang adalah penawar paling baik untuk mengurangkan kemungkinan oversteer kepada semua jenis kenderaan.

Google ads
"
"
Back to top button