
SAHAM SIME DARBY MELONJAK SUSULAN KERJASAMA DENGAN PORSCHE AG
Saham-saham Sime Darby Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu susulan pengumuman syarikat itu menjalin kerjasama dengan Porsche AG bagi mengendalikan kilang pemasangan pertama pengeluar kereta sport Jerman itu di luar Eropah.
Kaunter saham Sime Darby naik 1.0 sen kepada RM2.37 dengan 2.79 juta sahamnya saling berpindah tangan.
Dalam kenyataan pada Isnin, Sime Darby berkata kerjasama itu akan membolehkan syarikat itu memasang kereta sport berkenaan bagi pasaran Malaysia dengan pengeluarannya dijadual bermula pada 2022.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata usaha pemasangan oleh syarikat itu akan tetap melalui standard dan proses terperinci sebagaimana dipraktikkan oleh pihak di Eropah.
Beliau berkata, setiap kereta Porsche yang dipasang oleh Sime Darby akan melalui standard dan proses yang sama ketat dengan rakan sejawatnya di Eropah.- Bernama
- BACA: KILANG PORSCHE DI KULIM DIJADUAL BEROPERASI TAHUN 2022. PENUHI KEPERLUAN PASARAN DOMESTIK SAHAJA
- BACA: PORSCHE CARRERA GT, SUPERCAR PALING LIAR, PALING BAHAYA. TIADA ESC
- BACA: PORSCHE 924, MODEL PALING KONTROVERSI. ENJIN 4 SILINDER, GUNA TORSION BEAM
- BACA: GADUH DENGAN SUAMI, WANITA LANGGAR FERRARI GTC4LUSSO DAN PORSCHE 918 SPYDER