
RASMI: MICHELIN MALAYSIA-KTM ASIA METERAI KERJASAMA, DEBUT DI RIMBA RAID 2024
Michelin Malaysia dan KTM Asia dengan rasminya mengumumkan kerjasama bagi memenuhi permintaan dunia permotora di pasaran Asia Tenggara.
Kerjasama antara kedua-dua jenama terkemuka dunia ini akan debut di Rimba Raid 2024 yang akan berlangsung di Lenggong Valley dari 25 hingga 29 September ini.

Menurut Michelin Malaysia, kolaborasi ini akan melihatkan lima pelumba elit dari Malaysia, Singapura dan Korea Selatan turun bersaing dengan jentera KTM 890 Adventure R yang telah dilengkapi dengan tayar Michelin Enduro Medium.
Sementara itu, kesemua lima jentera 890 Adventure R akan beraksi dengan kelengkapan terpilih dari KTM Powerparts namun selain itu kesemua jentera akan berada dalam keadaan hampir standard.

“KTM teruja untuk berkerjasama dengan pengeluar tayar yang mampu memenuhi keperluan perlumbaan ekstrim (seperti Rimba Raid).
“Kami tidak sabar untuk menguji kerjasama ini di Rimba Raid Lenggong 2024,” jelas Pengurus Besar KTM Asia, Enrico Remigio.
Dalam pada itu, Rimba Raid 2024 akan berlangsung julung kalinya di Lenggong, Perak selepas beberapa edisi di Taman Negara, Pahang sebelum ini. Tahun lalu, Rimba Raid merekodkan 279 penyertaan dari pelbagai negara termasuk 21 pelumba wanita dan 19 pengeluar motosikal.