Artikel Pilihan

PEUGEOT 208 RANGKUL ANUGERAH EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2020 – TEWASKAN TESLA MODEL 3 DAN PORSCHE TAYCAN

Peugeot mungkin bukan jenama paling popular di sebelah sini tetapi mereka membuktikan kehebatan dengan merangkul anugerah European Car of the Year 2002 (ECOTY) dengan model Peugeot 208. Acara ECOTY sepatutnya berlangsung di Geneva Motor Show (yang telah dibatalkan akibat ancaman virus Corona yang melanda seluruh dunia).

Model hatchback kecil dari Perancis tersebut ditabalkan sebagai juara ECOTY selepas berjaya mengumpul mata keseluruhan 281 dari pihak juri yang terdiri daripada 60 penulis permotoran dan 23 negara Eropah.

Untuk pasaran Eropah, Peugeot 208 boleh didapati dalam varian petrol, disel dan elektrik sepenuhnya berjaya menewaskan model hebat lain seperti Tesla Model 3 (242 mata), Porsche Taycan (222 mata), Renault Clio (211 mata), Ford Puma (209 mata), Toyota Corolla (152 mata) dan BMW 1 Series (133 mata).

Sebenarnya ini bukan kemenangan pertama Peugeot dalam pertandingan ECOTY. Ini merupakan kali keenam Peugot berjaya menjuarai pertandingan Car of the Year yang paling berprestij. Kali pertama ialah pada tahun 1969 (504), 1988 (405), 2002 (307), 2014 (308) dan tahun 2017 dengan model 3008.

Sejak dilancarkan di Eropah, Peugeot 208 telah menerima 110,000 tempahan dengan 15 peratus daripada ialah tempahan unit berkuasa elektrik e-208. Malah ia juga merupakan model paling laris di negara asalnya, Perancis.

Peugeot 208 bukan hanya berjaya menawan hati ramai peminat dengan pilihan enjin yang ditawarkan tetapi juga berdasarkan rekaannya yang mendapat pujian dari seluruh dunia.

Malah rekaan inovatif i-Cockpit juga menjadi bualan ramai dengan paparan meter digital 3D, roda stereng bersaiz kompak dan sistem head-up display termaju.

Google ads
Back to top button