Buletin

PEUGEOT 208, DACIA SANDERO KERETA PALING LARIS DI EROPAH – JATO DYNAMICS

Berpuluh tahun lamanya Volkswagen Golf menduduki takhta kereta paling laris di Eropah, namun untuk tahun 2022 kedudukan Golf berjaya digugat oleh sebuah supermini, Peugeot 208.

Menurut data daripada JATO, Peugeot 208 berjaya dijual sebanyak 206,816 unit, dengan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun 2021.

Selain daripada itu, Dacia Sandero (“good news!” – James May) menduduki tangga kedua dengan jumlah 200,550 unit (naik 1 peratus), diikuti Volkswagen T-Roc (181,153 unit), Fiat 500 (179,864 unit) dan Volkswagen Golf di tempat kelima (177,203 unit).

Dalam segmen kenderaan elektrik, Tesla Model Y dinobatkan sebagai model yang paling laris terjual (138,128 unit) mengalahkan Tesla Model 3.

Namun begitu, Tesla merupakan jenama yang duduk di tangga ke-18 berdasarkan jumlah jualan keseluruhan mengalahkan jenama seperti Seat, MINI, Mazda dan Suzuki.

Volkswagen mengungguli carta sebagai pengeluar nombor satu di Eropah dengan jumlah pendaftaran kereta baharu sebanyak 1,199,041 unit mengalahkan Toyota di tempat kedua (766,227 unit), Mercedes (647,880 unit), BMW (646,526 unit) dan Peugeot (623,825 unit). – Motor1

Google ads
Back to top button