TEMPAH HONDA CITY 2020 BERMULA 14 OGOS, TERIMA BAUCAR SERVIS RM1K
Sedia maklum bahawa Honda City generasi kelima bakal dilancarkan tidak lama lagi. Selain prebiu khas bulan lalu, team Mekanika pun sudah berpeluang memandu uji City RS di Melaka International Motorsports Circuit (MIMC) baru-baru ini.
Jika berminat, anda boleh membuat tempahan bermula 14 Ogos 2020 di semua 101 pengedar sah Honda di seluruh negara.
Di bawah Program Tempahan Awal Istimewa, pelanggan yang menempah akan menerima baucar servis bernilai RM1,000. Baucar itu sah digunakan untuk tempoh setahun (tertakluk kepada terma dan syarat).
Orang ramai juga boleh melihat City baharu yang akan ditawarkan dalam empat varian secara dekat pada siri jelajah ke seluruh Malaysia tidak lama lagi.
Honda City bakal menerima pelbagai penambahbaikan, sekali gus menjadikannya antara sedan segmen B paling menarik di pasaran.
Honda Malaysia mengesahkan bahawa jentera itu dilengkapi sistem keselamatan termaju dalam kelasnya, Honda SENSING. Ditawarkan pada varian paling tinggi iaitu City RS i-MMD, ia terdiri daripada ciri:
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High-Beam (AHB)
Bukan itu sahaja, ia juga dipasang dengan ciri Honda LaneWatch untuk keselamatan maksimum.
“Saya yakin Honda City generasi ke-5 akan mengujakan pengguna di Malaysia dengan teknologi keselamaan termaju dan ciri yang mendahului kelasnya.
“City RS i-MMD juga didatangkan dengan pelbagai ciri pertama dalam segmennya seperti Remote Engine Start, Honda LaneWatch dan Electric Parking Brake.
“Untuk Honda City, kami telah mengimplementasikan beberapa teknologi baharu di kilang Pegoh, Melaka. Antaranya ialah pateri kerangka dalaman untuk meningkatkan ketegaran dan semburan polyurethane foam bagi mengurangkan bunyi bising serta getaran di dalam kabin.
“Bukan itu sahaja, Honda Malaysia jua menjadi pengeluar pertama di negara ini yang memasang Intelligent Power Unit (IPU) di mana proses pemasangannya sama dengan teknologi di Jepun,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.
- BACA: PANDU UJI: HONDA CITY RS 2020. ENJIN POWER, PENGENDALIAN MANTAP, HONDA SENSING. NAK APA LAGI?
- BACA: HONDA CIVIC DAN BR-V HADIR DENGAN WARNA PUTIH MUTIARA BAHARU. KENA TAMBAH RM272
- BACA: HONDA MALAYSIA PERKENAL PELAN INSURANS HiP YANG LEBIH KOMPREHENSIF
- BACA: HONDA, YAMAHA, KAWASAKI & SUZUKI BEKERJASAMA HASILKAN SISTEM PENUKARAN BATERI UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK