
LORI BAWA MUATAN PETROL TERBAKAR. ANGKA KORBAN CECAH HAMPIR 28
Sekurang-kurangnya 28 maut apabila sebuah lori membawa muatan petrol terbalik dan terbakar di Kogi, Nigeria.
Difahamkan, kemalangan berlaku apabila brek lori yang datang dari arah Okene gagal berfungsi mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbakar di lebuh raya.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC), seramai sembilan kanak-kanak terbabit dalam kemalangan yang berlaku bertentangan stesen petrol lebuh raya Lokoja-Zariagi.
Gabenor negeri, Yahaya Bello dalam satu kenyataan memaklumkan kemalangan berlaku pada awal Rabu lalu menyebabkan kehilangan nyawa malah memusnahkan banyak kenderaan dan harta benda.
Kemalangan membabitkan lori membawa muatan petrol sering berlaku di Nigeria apabila bekalan petrol mentah diangkut menggunakan laluan jalan raya. – agensi
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR
- BACA: RUSUHAN INSIDEN POLIS TEMBAK LELAKI. KEDAI PENGEDAR KERETA TERBAKAR, HAMPIR 100 KENDERAAN MUSNAH
- BACA: TRAGEDI LORI TANGKI PETROL MELETUP.11 TERBUNUH DAN 50 CEDERA
- BACA: LAMBORGHINI BERNILAI RM2 JUTA TERBAKAR DI BUKIT BINTANG






