Buletin

TERKINI: AAM MASIH SEBUAH BADAN YANG SAH

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Sejak dua hari lepas berlegar berita tentang status Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang dikatakan telah dilucutkan hak sebagai badan sukan.

Ia susulan persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali beberapa hari sebelum itu.

PEJABAT Pesuruhjaya Sukan (PJS) menerusi Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman mengesahkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sudah dibatalkan status sebagai badan sukan sejak akhir tahun lalu.

Tindakan ini menyebabkan AAM hilang kelayakan sebagai badan pengiktiraf samada sebagai penganjur atau apa juga aktiviti yang membabitkan sukan pemotoran tempatan, mahupun di peringkat antarabangsa.

“Mereka tidak ikut peraturan yang ditetapkan sebagai badan sukan. Mereka tidak menghantar laporan tahunan serta tidak meminda perlembagaan.

“AAM bukan satu-satunya badan sukan yang dibatalkan. Kebanyakan badan sukan yang terbatal telah melanggar peraturan,” ujar Datuk Zaitun seperti yang dipetik oleh Harian Metro semalam.

KENYATAAN RASMI AAM

Hari ini, AAM telah mengeluarkan kenyataan rasmi memberitahu bahawa mereka masih lagi sebuah badan sukan yang sah. Mereka memberitahu bahawa Persuruhajaya Sukan telah memberi kenyataan yang tidak tepat.

AAM masih merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau dan memberi kelulusan terhadap mana-mana acara perlumbaan. Mereka masih memegang mandat yang diberikan oleh Badan Sukan Motor Antarabangsa seperti FIA, FIM dan CIK.

Ia masih menjadi tanggungjawab AAM untuk memantau serta memberi kelulusan, lesen perlumbaan, insurans dan perkara yang berkaitan dengan sukan motor seperti yang telah digazetkan oleh Badan Sukan Motor Antarabangsa.

Tags
Google ads
Back to top button
Close