
SEOUL GALAK WARGA EMAS PULANGKAN LESEN MEMANDU
Kerajaan Metropolitan Seoul menggalakkan pemandu warga emas menyerahkan lesen memandu mereka sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.
Menurut kerajaan, pemandu berusia 70 tahun ke atas boleh menyerahkan lesen mereka di pusat komuniti setempat dan menerima pas transit prabayar 200,000 won (kira-kira RM613) bermula 10 Mac ini.
Bandar raya itu menyatakan, nilai pas digandakan daripada 100,000 won (kira-kira RM306) sebelumnya dan akan tersedia untuk sehingga 31,800 warga emas berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Langkah itu diperkenalkan untuk mengurangkan kos sosial berkaitan dengan kemalangan jalan raya membabitkan pemandu warga emas.
Menurut laporan Institut Pengangkutan Korea 2024, dianggarkan 420,000 won boleh dijimatkan setiap tahun untuk setiap pemandu warga emas yang menyerahkan lesen memandunya.
Kad transit dikenakan bayaran sebanyak 200,000 won pada masa ia dikeluarkan.
Ia boleh digunakan dalam bas, teksi dan kedai yang berkaitan dengan T-money di seluruh negara. – Harian Metro
- BACA: BATIK AIR TAWAR PENERBANGAN TAMBANG TETAP KE SABAH, SARAWAK SEMPENA AIDILFITRI
- BACA: KEMPEN “RAYA BERSAMA SELAMAT SENTIASA” SUBARU TAWAR PENJIMATAN, FAEDAH LUAR BIASA!
- BACA: VOLKSWAGEN DAN ALKISAH MODEL ELEKTRIK MAMPU MILIK MEREKA
- BACA: JAC T9 BEV DAN T9 DIESEL RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM119K







