Artikel Pilihan

AKIO TOYODA TIDAK SUKA KERETA SPORTS EV – SAMA LA KITA

Pengerusi Toyota yang juga seorang pelumba (macam Abang Japar) sentiasa jujur dengan pandangannya mengenai industri auto lebih-lebih lagi selepas berundur dari jawatan CEO. Terbaru pandangan beliau tentang EV sekali lagi hangat diperkatakan. Toyoda secara terang-terangan menyatakan lebih lebh berminat dengan enjin ICE untuk kereta sports dan perlumbaan EV langsung tidak menarik.

Toyoda berkata begitu dalam satu temubual bersama dengan Automotive News sebaik ditanya tentang masa depan kereta sports yang akan dikeluarkan oleh Toyota. Toyoda menyatakan semestinya ada di kalangan ahli keluarga Toyota yang berminat untuk membangunkan kereta sports berkuasa elektrik namun sebagai peneraju utama syarikat, definisi kereta sports bagi beliau ialah sesuatu yang berbau petrol dengan enjin yang bising.

Toyoda memang dikenali ramai sebagai seorang pelumba dan individu yang bertanggungjawab membangunkan pelbagai model sports di bawah nama Toyota dan Lexus sewaktu memegang jawatan sebagai CEO dan kemudiannya pengerusi Toyota. Beliau sudah menyertai pelbagai perlumbaan dari Rali Jepun sehinggalah perlumbaan Le Mans 24 Jam.

Walaupun cukup berminat dengan perlumbaan, Toyoda ternyata tidak berminat dengan EV. Eh, samalah kita. Disebabkan masa yang lama diperlukan untuk mengecas bateri, perlumbaan mungkin lebih berfokuskan pengurusan sumber dan strategi dalam pit dan tidak lagi kepada pemanduan.

Ia tidak akan menarik, jelas Toyoda. Anda tidak akan dapat memandu melebihi satu jam di dalam litar. Perlumbaan yang disertai beliau kebanyakannya ialah perlumbaan endurance yang memakan masa yang lama.

Jadi dengan menggunakan jentera EV, ia bukan lagi perlumbaan kereta tapi lebih kepada perlumbaan mengecas bateri ataupun penukaran bateri. Ceh, betul jugak kan?

Ia bukan bermakna Toyota tidak akan menghasilkan kereta sports berkuasa elektrik. Mereka akan mengeluarkannya tapi bila sampai masa yang sesuai dan mereka mempunyai kapasiti untuk menghasilkan EV mampu milik.

Google ads
Back to top button