
AKSES MYJPJ WAJIB GUNA MYDIGITAL ID BERMULA 10 OKTOBER
Jika anda membuka aplikasi MyJPJ pastinya akan keluar notifikasi yang memaklumkan pengguna untuk mendaftar MyDigital ID. Ini kerana bermula 10 Oktober, wajib guna MyDigital ID untuk mengakses aplikasi MyJPJ.

Persoalannya apakah sebenarnya MyDigital ID? Berdasarkan maklumat dikongsikan di laman web rasmi, MyDigital ID merupakan sistem pengenalan diri yang selamat untuk digunakan dalam talian. Sistem ini dipaut terus dengan pangkalan data MyKad dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Oleh yang demikian, MyDigital ID merupakan kaedah untuk mengakses perkhidmatan dalam talian secara selamat tanpa perlunya memasukkan id pengguna dan kata laluan.

Orang ramai boleh mendaftar MyDigital ID dengan memuat turun aplikasi tersebut ke telefon pintar. Namun dinasihatkan untuk mencuba beberapa kali kerana kerap kali proses pendaftaran tergendala selepas selesai mengambil gambar kad pengenalan depan dan belakang.