Buletin

SANGGUP JALAN KAKI BALIK KAMPUNG DARI SHAH ALAM KE TANAH MERAH. SELAMAT SAMPAI RUMAH MALAM TADI

Seorang lelaki dilapor berjalan kaki dari Shah Alam, Selangor untuk pulang ke kampungnya di Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah, biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan di seluruh negara. 

Tindakan nekad Muhamad Nor Ramlee, 29, itu nyata mengejutkan isterinya, Siti Nur Fatend Sefeai yang mengetahui mengenainya menerusi status yang dimuat naik ke laman Facebook. Ketika dihubungi, Muhamad sudah berada di Ipoh, Perak.

Siti Nur Fatend  juga tidak pasti sama ada suaminya itu berjalan kaki sepenuhnya atau menumpang kenderaan sepanjang perjalanan ke Tanah Merah.

Muhamad sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kontraknya tamat pada 16 Mac lalu dan merancang untuk terus balik ke rumah. 

Malangnya hasrat itu tidak kesampaian kerana belum menerima gaji dan PKP dilaksanakan dua hari kemudian.  Siti Nur Fatend memberitahu dia ada membuat permohonan untuk mengambil suaminya tetapi tidak mendapat kebenaran pihak polis. 

Muhamad ada berkongsi beberapa status di laman Facebook. Antaranya memberitahu dia berehat sebenar untuk menghilangkan penat. Satu lagi status pula menyatakan tapak kasutnya pecah ketika berada berhampiran papan tanda plaza tol Ipoh Utara.

Terkini, menerusi satu status di laman Facebook, Muhamad memberitahu dia sudah selamat sampai di rumahnya jam 11 malam semalam (27 April 2020). Dia turut mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi bantuan. – Sinar Harian 

Tags
Google ads
Back to top button