Buletin Khas

TIPS BALIK KAMPUNG – LALUAN TERBAIK BAGI MENGELAKKAN TRAFIK DAN PERSIAPAN UNTUK PERJALANAN

Pihak PLUS Malaysia Berhad menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuh raya itu menjelang 30 Mei untuk pulang berhari raya. Jumlah berkenaan meningkat sebanyak 18 peratus berbanding hari biasa.

Anda boleh bayangkan jika 2 juta kenderaan yang akan berpusu-pusu menggunakan lebuh raya secara serentak, pasti kesesakan tidak dapat dielakkan lagi.

Mungkin masa perjalanan anda yang biasanya memakan masa 7 jam akan menjadi 12 jam. Tambah menyakitkan hati jika tayar kereta anda pancit di tengah perjalanan.

Jadi, pihak Continental Tyre ingin berkongsi beberapa tip pemanduan agar perjalanan pulang ke kampung halaman anda berjalan lancar dan selamat.

1. Jadilah pemandu bijak dengan mengkaji semua jalan yang jarang dilalui oleh pengguna lain sebagai jalan alternatif. Berdasarkan pengalaman penulis, jalan ini mungkin akan melalui kebun getah, kelapa sawit, jalan kampung dan mungkin jalan tidak berturap.

Sekiranya anda memandu SUV ataupun kenderaan pacuan empat roda ia mungkin masalah kecil. Sila berhati-hati jika anda memandu sedan atau kereta kompak yang rendah. Semakan jalan alternatif boleh dibuat menggunakan aplikasi Google Maps dan Waze.

2. Semak Travel Time Advisory atau jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Lebuh Raya Utara Selatan ataupun pengendali lebuh raya utama lain.

Jadual ini akan membantu mengagihkan trafik di lebuh raya, mengurangkan kesesakan di plaza tol pada waktu puncak dan mengelakkan semua kenderaan bertembung pada masa dan di lokasi yang sama.

PLUS mencadangkan agar pengguna pulang sebelum jam 10 pagi antara tempoh 30 Mei hingga 10 Jun khususnya bagi yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dan Johor.

Bagi mereka yang menghala ke negeri berdekatan Lembah Klang seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor, dinasihatkan untuk menggunakan lebuh raya selepas jam 10 pagi.

3. Mulakan perjalanan lebih awal sehari berbanding pengguna jalan raya yang lain adalah satu strategi yang bagus. Anda boleh mengelakkan kesesakan dengan menggunakan lebuh raya di luar waktu puncak. Jadi ketika kesesakan berlaku, anda sudahpun sampai ke kampung halaman.

4. Pengguna juga dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada aplikasi navigasi seperti Waze ataupun Google Map sebagai salah satu persediaan awal menempuh perjalanan yang panjang.

Walaupun kita tahu jalan mana yang akan dilalui untuk balik kampung, namun dengan merujuk kepada aplikasi navigasi, kita boleh mendapat maklumat awal yang lebih tepat berkenaan laluan mana yang akan sesak.

5. Periksa tekanan udara tayar anda sebelum memulakan perjalanan, termasuklah tayar ganti atau tayar sementara yang disimpan di dalam ruang simpanan barang.

Pastikan semua peralatan membuka tayar ada disimpan dan boleh digunakan.  Jika anda pancit di pertengahan jalan, usah risau kerana anda boleh cari pusat servis tayar Continental di pautan ini.

Pautan ini akan memudahkan anda mencari pusat servis tayar Continental yang bertauliah untuk menampal tayar jika pancit atau menggantikan dengan tayar baharu. Terdapat promosi istimewa sempena musim perayaan jika anda membeli tayar Continental.

6. Kami mencadangkan agar anda merancang laluan perjalanan dan menyelidik kawasan yang sesuai untuk berehat, mengisi semula bahan api, berbuka puasa dan bersahur. 

Jadi pastikan anda menetapkan beberapa kawasan sebagai “checkpoint” untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Kawasan ini seharusnya mempunyai tandas, menjual makanan, minuman, surau dan stesen minyak.

7. Jika anda menjangkakan perjalanan anda melewati waktu berbuka, kami sarankan anda membawa bekal makanan dan minuman.

Hampar saja tikar dan surat khabar sebagai alas duduk dan nikmati pengalaman berbuka di tepi jalan. Memang menghampakan jika anda sampai ke restoran yang biasa yang anda singgah dan kedai tersebut telah kehabisan makanan dan minuman.

8. Pastikan anda mengisi tangki bahan api pada paras maksima sehari sebelum memulakan perjalanan. Jika anda ada mata terkumpul yang banyak untuk ditebus dengan petrol, gunakan mata ganjaran tersebut untuk mengurangkan kos perjalanan pulang ke kampung halaman.

9. Jangan lupa untuk menambah nilai kad prabayar sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya. Kegagalan anda untuk berbuat demikian akan memberi potensi kepada anda untuk terkandas beberapa kilometer di laluan tunai plaza tol sebelum keluar dari lebuh raya.

10. Continental Tyre menawarkan pelbagai jenis tayar dalam barisan produk mereka sama ada anda perlukan tayar yang lembut untuk keselesaan, tayar sport untuk pengendalian yang mantap dan tayar yang memberi cengkaman maksima sewaktu memandu hujan lebat. Ini bagi memastikan perjalanan anda pulang ke kampung halaman dengan selamat.

ComfortContact™ 6 (CC6) – merupakan produk yang fokus pada keselesaan, senyap semasa beroperasi, tahan lasak untuk lebih kilometer dan menawarkan penjimatan bahan api hasil daripada pekali geseran golek (“rolling resistance” yang rendah).

UltraContact™ 6 (UC6) – merupakan tayar yang memberikan lebih cengkaman ketika jalan basah dengan teknologi Aqua Drainage dan teknologi Diamond Edge. Ia  menawarkan kawalan yang lebih baik ketika membrek dan jarak berhenti yang pendek.

MaxContact™ 6 (MC6) – merupakan pilihan yang tepat jika anda perlukan tayar gantian untuk kereta berprestasi tinggi. Ia direka untuk memberikan jarak berhenti yang lebih pendek, pemanduan sporty serta maklum balas dari jalan dengan sempurna

SportContact™ 6 (SC6) – adalah pilihan anda jika mahukan lebih keistimewaan berbanding dengan tayar MC6. Ia memberikan cengkaman maksima pada semua arah untuk membolehkan pemanduan ekstrem dilakukan. Corak blok tayar teknologi vektor membantu kawalan ketika selekoh dan telah diuji selamat untuk dipandu selaju 350km/h.

ExtremeContact™ Sport – Tayar yang diuji sehingga ke tahap ekstrem bagi memenuhi kehendak pemandu yang berpengalaman. Ia merupakan tayar prestasi ultra tinggi yang direka untuk peminat pemotoran sejati dan mampu memenuhi keperluan cengkaman pada permukaan kering atau basah.

Teknologi SportPlus yang digunakan memberikan pengendalian jitu, keyakinan pada jalan basah atau licin serta jangka hayat yang lebih panjang.

11. Tayar kereta anda perlu ditukar sekiranya Tread Wear Indicator menunjukkan kedalaman bunga tayar kurang daripada 3mm, permukaan tayar haus tidak rata, dinding tayar menggelembung, permukaan tayar terkoyak, dinding tayar mengalami kerosakan atau tayar lama yang telah melebihi 10 tahun, walaupun bunga tayar tersebut masih lagi tebal.

Sebenarnya ramai pemandu yang kurang memberi perhatian terhadap keadaan tayar kereta mereka melainkan tayar tersebut pancit atau pecah di tengah jalan.

Tayar berfungsi menyediakan “contact patch” untuk membolehkan kenderaan memecut, membrek, mengambil selekoh dan mengagihkan beban pada empat penjuru. Dengan jasa 4 tayar tersebut, ia membolehkan anda sampai ke kampung halaman dengan selamat untuk berhari raya.

Google ads
Back to top button