Buletin

HARGA RON95 DAN RON97 NAIK 5 SEN. DIESEL PULA NAIK 3 SEN MULAI TENGAH MALAM INI

Harga runcit petrol RON95, RON97 naik lima sen seliter. Manakala harga diesel pula naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga baharu bagi RON 95 ialah RM1.78, RON 97 (RM2.08) dan diesel (RM1.96) seliter.

Penetapan harga runcit mingguan produk petroleum itu dibuat berdasarkan kepada formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama

Google ads
Back to top button