
TIKUS MENYELINAP DALAM KABIN PESAWAT. 300 PENUMPANG TERKANDAS SELAMA 2 JAM
Sebanyak 300 penumpang terpaksa menunggu selama dua jam selepas penerbangan ditangguhkan apabila seekor tikus menyelinap memasuki pesawat.
Ia dilihat bergerak-gerak di bahagian kabin pesawat Boeing 777 British Airways (BA) yang menuju ke Antigua.
Berikutan penemuan tikus itu, para penumpang terpaksa dipindahkan ke pesawat lain. Haiwan berkenaan cukup terkenal dengan sikap mengigit wayar pesawat.
The Sun melaporkan, penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Gatwick pada pukul 12.30 tengah hari selepas 300 penumpang dipindahkan dengan selamat.

Menurut kapten pesawat, Haydn Thomas, 50, sepanjang berkhidmat selama 25 tahun, dia tidak pernah berdepan situasi tersebut.
“Boleh dikatakan hampir semua orang di dalam pesawat tergelak dengan situasi ini. Mereka tidak marah.
“Pihak berkuasa telah menunda pesawat lain ke pintu masuk. Justeru, kami perlu berpindah untuk menaiki pesawat itu.
“Saya turut mencadangkan agar mereka mengambil kucing masuk ke dalam pesawat,” katanya.
Syarikat BA telah memohon maaf kepada penumpang kerana penerbangan ditangguhkan. Difahamkan tikus berkenaan tidak dijumpai di dalam pesawat.
- BACA: ANA JUAL TROLI MINUMAN DALAM PESAWAT, RM3,850 SEUNIT
- BACA: CHINA PERTIMBANG PERKENAL PESAWAT PENGEBOM XIAN H-20. BOLEH BURUKKAN LAGI KETEGANGAN SEDIA ADA
- BACA: PESAWAT SUBSONIK BRITISH AIRWAYS CATAT SEJARAH. NEW YORK-LONDON 2 JAM SAHAJA
- BACA: PRESIDEN MEXICO CUBA JUAL PESAWAT MEWAH. MAHU GUNA WANG BELI PERALATAN PERUBATAN