Buletin

PESAWAT SUBSONIK BRITISH AIRWAYS CATAT SEJARAH. NEW YORK-LONDON 2 JAM SAHAJA

Pesawat subsonik milik British Airways (BA) melakar sejarah apabila berupaya mencapai kelajuan maksimum mencecah 1,300 kilometer sejam (km/j) lapor 9new.com.

Pesawat model Boeing 747  itu turut merekod tempoh perjalanan satu jam 56 minit sahaja dari New York ke London. Biasanya, tempoh penerbangan dari London ke New York mengambil masa sekitar enam jam 13 minit.

Pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow itu direkodkan tiba awal lebih kurang dua jam daripada jadual asal iaitu pada pukul 4.43 pagi Ahad dengan kelajuan 1,327 km/j.

Flighradar24 menulis status di Twitter rasminya: “Jika tidak silap, pesawat milik BA kini menjadi pesawat subsonik terpantas dari New York ke London dengan merentasi Norway,” katanya.

Kepantasan pesawat subsonik BA itu merekod masa satu minit lebih awal berbanding Virgin Airbus A350 yang mendarat di Heathrow tidak lama selepas itu. Ia juga tiba hampir setengah jam lebih awal daripada sebuah lagi pesawat Virgin yang tiba di lapangan terbang sama.

Ketiga-tiga pesawat berkenaan ‘mendahului carta’ pesawat dari Norway yang sebelum ini merekod masa lima jam 13 minit pada Januari 2018.

Jurucakap BA menegaskan mereka sentiasa mengambil berat soal keselamatan berbanding hanya mahu mencipta rekod kelajuan.

“Juruterbang kami yang dilatih dengan baik berjaya membawa semua penumpang dengan selamat ke London dalam tempoh masa yang cukup singkat.

Dalam perkembangan lain, BA dan beberapa lagi syarikat penerbangan yang beroperasi dari dan ke United Kingdom, terjejas akibat ribut Ciara yang melanda negara itu. – Astro Awani

Google ads
"
"
Back to top button