
ANA JUAL TROLI MINUMAN DALAM PESAWAT, RM3,850 SEUNIT
Pandemik COVID-19 yang belaku di seluruh dunia membuatkan industri penerbangan lumpuh apabila hampir semua syarikat tidak dapat beroperasi.
Memandangkan jumlah penumpang yang semakin sedikit, syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA) menggunakan pesawat penumpang yang kosong untuk membawa bekalan ubat-ubatan ke Jepun. Namun, masih banyak peralatan yang tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Jadi, ANA mengambil keputusan untuk menjual troli minuman dalam pesawat kepada orang awam.
Anda kini boleh membeli troli itu menerusi stor dalam talian rasmi ANA, A-Style pada harga ¥95,000 (RM3,850) seunit. Pemegang kad ANA akan menerima diskaun sebanyak ¥5,000 (RM202).
Troli tersebut mempunyai dimensi setinggi satu meter, lebar 30cm dan seberat 20kg. Ia sebelum ini digunakan di dalam pesawat ANA 777 dan 787. Walaupun ia mungkin ada sedikit calar, troli itu masih berada dalam keadaan baik, lengkap bersama jenama ANA.
Anda boleh menggunakan sebagai tempat menyimpan snek, menghidang minuman dan bar bergerak di rumah. Menarik kan…
- BACA: WARREN BUFFETT JUAL SEMUA SAHAM SYARIKAT PENERBANGAN BERNILAI RM25.7 BILION
- BACA: AIRASIA INDONESIA DILARANG LAKUKAN PENERBANGAN KE KLIA2 DAN JB 18 MEI DEPAN
- BACA: INILAH SYARIKAT YANG TELAH TEWAS DALAM DUNIA AUTOMOTIF
- BACA: QATAR AIRWAYS BERI 100,000 TIKET PERCUMA KEPADA BARISAN HADAPAN PERUBATAN