Buletin

MERCEDES-BENZ G350 ENTRY LEVEL UNTUK CHINA. BUKAN SEMUA ORANG NAK ENJIN BESAR

Sebut sahaja Mercedes-Benz G-Class, kita mesti membayangkan sebuah jentera berkotak berwarna hitam, dilengkapi enjin besar dan diguna oleh geng mafia Rusia.

Tetapi untuk pasaran China, Mercedes-Benz dilapor sedang membangunkan sebuah model entry level G-Class yang bakal dikenali sebagai G350.

Sedia maklum bahawa Mercedes-Benz menjual model G350 di banyak negara dengan pelbagai konfigurasi enjin petrol dan diesel.  

Apa yang menariknya, SUV itu akan dibekalkan dengan enjin empat selinder 2.0 liter turbo sahaja. Mampu menjana kuasa sekitar 299hp dan tork 400Nm, enjin petrol tersebut dipadankan dengan kotak gear automatic 9-kelajuan.

Enjin kecil itu dipilih untuk pasaran China kerana pemerintah republik berkenaan mengenakan cukai yang tinggi ke atas jentera berenjin besar.

Tidak banyak perbezaan visual di antara G350 dengan varian yang dilengkapi enjin V8. Ini membuatkannya menjadi semakin menarik. Perbezaan paling ketara ialah jentera itu menggunakan rim yang lebih kecil.

Walaupun Mercedes-Benz tidak menjual varian diesel G350d di China, tetapi pelanggan masih boleh membelinya menerusi pengedar kereta terpakai.

Harga G350 baharu masih belum diumumkan, tetapi ia dijangka dilancarkan secara rasmi pada September depan.

Menarik kan…

Google ads
Back to top button