Buletin

TOYOTA 86 BLACK LIMITED. EDISI TERAKHIR 86, KHAS UNTUK PASARAN JEPUN SAHAJA

Toyota baru-baru ini mendedahkan edisi khas terbaharu coupe Toyota 86 yang dikatakan menjadi tribute kepada model terakhir kereta sports AE86 Sprinter Trueno.

Toyota 86 Black Limited mendapat namanya daripada gabungan warna hitam emas yang diambil daripada AE86 Black Edition original.

Ia menjadi petanda kepada berakhirnya jentera enjin hadapan dengan sistem pacuan roda belakang lagenda yang dihasilkan pada tahun 1983 hingga 1987.  

Meniru model asal tersebut, Toyota 86 Black menerima cat hitam metalik, rim aloi bersaiz 17 dengan warna emas/tembaga dan brek Brembo yang telah dinaik taraf.  

Aspek pengendalian ditingkatkan menerusi penggunaan peredam SACHS. Bahagian bawah juga diubah suai sedikit untuk menambah baik aerodinamik. Selain pilihan jalur berwarna tembaga.

Di ruang kabin, logo tembaga Black Limited, kemasan Alcantara dan kulit dibalut pada tempat duduk serta papan pemuka.

Berbeza dengan AE86 akhir yang terhad kepada 400 unit, Toyota hanya menawarkan 86 unit edisi khas Black untuk pasaran Jepun sahaja pada harga 3.2 juta yen (RM129,523).

Dengan model gentian Toyota 86 dan Subaru BRZ sah dalam pembangunan sekarang serta bakal diperkenalkan pada separuh pertama 2021, model ini dijangka menjadi edisi terakhir Toyota 86 yang ada sekarang.

GALERI

Google ads
Back to top button