Buletin

TOYOTA PRADO KAKADU HORIZON 2020. LEBIH MEWAH, BANYAK AKSESORI BAHARU

Toyota Land Cruiser Prado memang satu model lagenda di mana-mana. Ia umpama Range Rover dari negara Jepun yang datang dengan ciri kukuh, tahan lasak dan mewah.

Di Malaysia, pasaran untuk jentera 4WD ini mempunyai peminatnya sendiri.  UMW UMW Toyota Motor tidak membawa masuk model Prado secara langsung, sebaliknya digantikan dengan model yang lebih kecil, Fortuner.

Untuk pasaran Australia, Toyota baru sahaja memperkenalkan Land Cruiser Prado Kakadu Horizon 2020 edisi terhad.

Dijangka hadir di pasaran pada bulan hadapan, Prado Kakadu Horizon ditawarkan pada harga AS$89,590 (RM379,000) dengan tambahan ciri dan aksesori serba baru. Manakala bagi versi Kakadu standard, harganya bermula AS$84,590 (RM358,000).

Prado Kakadu Horizon menggunakan enjin turbo diesel 2.8-liter sama seperti model 4WD Toyota iaitu Hilux, Highlander dan Prado.

Enjin ini menghasilkan 174 kuasa kuda dengan 450Nm tork yang dipadankan bersama kotak gear 6 kelajuan. SUV itu turut mempunyai fungsi 4WD, sistem wheel drive crawl control dan multi-terrain select.

Model itu dibezakan menerusi spoiler bampar hadapan, kemasan sisi krom, perumah cermin sisi krom atau pilihan kemasan cat metalik dan mutiara. Rekaan lampu belakang juga diberi sentuhan baru, selain ditampal dengan emblem Horizon.

Ruang kabin pula menyaksikan edisi Horizon dipasang dengan panel pemijak berlampu pada pintu dan 2 soket USB bagi tujuan mengecas.

Seperti versi premium Prado yang lain, Prado Kakadu Horizon didatangkan dengan 7 tempat duduk dengan kerusi larasan secara elektrik di bahagian hadapan. Dibalut dengan material kulit, kerusi itu hadir fungsi pemanas.

Bagi sistem audio pula, ia menggunakan set daripada JBL dan DVD untuk penumpang belakang.

Semua model Prado menawarkan pilihan lampu belakang standard dengan penutup tayar ganti dipasang pada bonet belakang.

Versi Horizon juga dilengkapi sistem keselamatan terkini Toyota Safety Sense seperti lane departure alert, automatic high-beam headlights, active cruise control dan pre-collision safety. Ciri Blind-spot monitoring dan rear cross-traffic alert turut ditawarkan bagi model standard.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button