
TOYOTA AGYA GR SPORT – KERETA SPORT MADANI RAHMAH.
Toyota Agya GR Sport muncul sebagai jawapan Toyota untuk segmen kompak yang mahu nampak dan rasa lebih sporti tanpa perlu membeli kereta yang lebih besar dan mahal. Toyota mahukan sebuah jentera yang selesa, ekonomi, mudah dicapai oleh kebanyakan pembeli dan lebih berkuasa dari varian asas.
Diperkenalkan di Indonesia pada 2023 dan dipamerksan sekali lagi semasa GIIAS 2025, Agya baharu beralih kepada enjin yang lebih besar dengan kod WA-VE 1.2 liter tiga silinder aspirasi normal bagi menggantikan unit 3NR-VE lama. Enjin baru ini menghasilkan 88 PS dan 113 Nm tork, memberi sedikit lonjakan kuasa kuda dantork berbanding sebelum ini dan terasa lebih responsif di bandar.
Bagi pasaran Indonesia, model ini ditawarkan dalam 2 jenis transmisi sama ada 5 kelajuan manual atau CVT dengan varian CVT dilengkapi dengan ciri paddle-shift di stereng untuk kawalan “7 virtual gears” yang menyeronokkan ketika memotong trafik. Siapa kata kereta kecil tak boleh jadi seronok macam ni?

Berbeza dengan Perodua Axia yang dijual di Malaysia, Toyota Agya menampilkan rekaan jeriji depan berbentuk heksagon, lampu depan dengan guide light di bahagian atas dan LED DRL dipasang menegak di bahagian bampar kiri dan kanan.
Dimensi Agya menempatkannya dengan jelas dalam segmen A cukup kompak untuk diparkir dan lincah di bandar dengan panjang 3,760mm, lebar 1,665mmdan dan tinggi 1,505 mm. Manakala dan tangki bahan api kecil 33 liter menjadikannya sesuai dipandu setiap hari. Penggunaan bahan api purata adalah sekitar 18.9km/liter
Toyota Agya GR Sport turut disemat dengan lencana GR di bampar depan dan belakang, selain diberikan dengan rim bersazi 15 inci yang dibalut dengan tayar Dunlop SP Sport 185/55 R15. Bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik Toyota turut menala semula sistem suspensi Toyota Agya GR Sport walaupun masih menggunakan topang McPherson dan Torsion Beam

Apa yang Toyota lakukan ialah dengan mengubah kekerasan spring dan penyerap hentak yang digunakan. Besar kemungkinan pekali spring dinaikkan antara 10% ke 20%, bagi mengurangkan olengan cesi ketika mengambil selekoh dengan agresif
Besar kemungkinan injap pada penyerap hentak juga telah diubah supaya kadar rebound dan compression disesuaikan dengan kekerasan spring, menjadikan permukaan tayar sentiasa melekat pada jalan raya walaupun jalan tidak rata
Bagi sistem steering, ratio steering telah ditala semula menjadi lebih kecil dan stering lebih peka dengan input pemandu. ECU EPS diprogram semula supaya “assist curve” lebih linear pada kelajuan tinggi dan lebih ringan di kelajuan rendah. Ini buat rasa stereng lebih natural dan tidak terlalu ringan di lebuhraya

Besar kemungkinan Toyota menggunakan bush material lebih keras atau gear EPS dengan backlash lebih rendah untuk kurangkan “free play” semasa stering berada di tengah tengah dan memberi rasa pemanduan lebih solid.
Dari segi rupa & kelengkapan, versi GR Sport dipakejkan dengan kemasan kosmetik GR seperti bampar depan belakang yang lebih agresif, grafik dan emblem GR, jahitan benang merah kontra pada tempat duduk serta skirting sisi yang menjadikan ia lebih garang daripada varian standard.
Lampu utama LED dipasang dengan perumah hitam, rim aloi rekaan sporty 2 tona, dan beberapa elemen luaran eksklusif memberi imej “sporty” yang sesuai untuk pembeli muda.

Kabin Agya GR Sport direka untuk keselesaan harian lengkap dengan skrin multimedia 8 inci dengan sambungan telefon (Android Auto /CarPlay bergantung pasaran), pengecaj telefon tanpa wayar, kamera undur dan parking sensor belakang.
Ia turut dipadankan dengan panel meter ada versi TFT MID yang lebih moden, stereng balutan kulit dengan paddle shift pada varian CVT, serta butang kawalan pendingin hawa digital yang biasa dijumpai pada kebanyakan model Toyota.
Dari segi aspek keselamatan Toyota Agya biasanya dilengkapi 2 beg udara, ABS dengan EBD, cagak ISOFIX namun beberapa sistem bantuan pemanduan termaju (seperti AEB/ASA penuh) tidak ditawarkan pada semua varian. Jadi dalam aspek keselamatan

Toyota Agya GR Sport ialah kereta kompak pilihan menarik jika anda mahukan sebuah jentera kecil yang bergaya, praktikal dan mencuit naluri pemanduan dengan talaan GR yang memberikan rasa “lebih sporty” tanpa kos besar.



