Buletin

TOYOTA BRAZIL TERIMA JAGUNG DAN KACANG SOYA UNTUK MILIKI HILUX

Toyota mengumumkan rangkaian jualan langsung menyasarkan para pelanggan dalam sektor pertanian dikenali sebagai Toyota Barter di Brazil.

Melalui model perniagaan baharu itu, para peladang berupaya memiliki pikap trak Hilux, SW4 ataupun SUV Corolla Cross dengan menukar kacang soya ataupun jagung.

Nilai pasaran akan dipertimbangkan dan keperluan kepatuhan terhadap kesan persekitaran serta undang-undang.

“Toyota Barter mula diperkenalkan sebagai projek perintis pada tahun 2019 malah merupakan rangkaian pertama jualan di Brazil yang menerima sumber pertanian untuk pembelian kenderaan.

“Syarikat memiliki peluang menjadikan kemudahan ini secara rasmi untuk sektor pertanian dan memperluaskan kewujudan Toyota serta sumbangan penting dalam antara sektor utama negara ini,” kata Pengurus Jualan Langsung Toyota Brazil, Jose Luis Rincon Bruno.

Projek berkenaan akan bermula di Bahia, Goias, Mato Grosso, Minas Gerais, Piauí dan Tocantins.

Jenama Jepun itu turut menjalankan kajian memperluaskan kemudahan tersebut di Sao Paolo dan Mato Grosso do Sul.

Sehingga kini, sektor pertanian menyumbang sebanyak 16 peratus jualan langsung Toyota dan dijangka akan meningkat melalui kaedah baharu itu. – Motor1

Google ads
"
"
Back to top button