
PEMANDU LORI KONTENA CEDERA REMPUH JENTERA BOMBA
Seorang pemandu lori kontena cedera selepas melanggar sebuah jentera bomba di Jambatan Pelabuhan Klang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, jentera dinaiki sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja baru selesai memadamkan api sebuah lori di lokasi berasingan di sekitar jalan tersebut.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika dalam perjalanan pulang, sebuah lori kontena tiba-tiba melanggar jentera bomba itu dari arah belakang.
“Kemalangan itu kemudian mengakibatkan pemandu berkenaan cedera dan terperangkap dalam lori tersebut.
“Lelaki berusia 31 tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dan cedera pada paha kanan,” katanya dalam kenyataan.
Jelas beliau, semua anggota bomba turut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN
- BACA: KAPAL KONTENA MV EVER GIVEN HALANG TERUSAN SUEZ DILEPASKAN 7 JULAI INI
- BACA: BINA PELAMIN DEPAN JALAN UTAMA. JENGKAUT, LORI KAMBING DAN AMBULANS PUN LALU MACAM BIASA
- BACA: TRAK PIKAP DODGE RAM TARIK LORI BALAK SEBERAT 67 TAN. JAHANAM DRIVELINE BOSSKU
- BACA: LORI TERBALIK, 1 TAN DURIAN BERTABURAN ATAS LEBUH RAYA