Buletin

PLAT 123 LAMBORGHINI AVENTADOR SVJ ROADSTER BERNILAI RM49.7 JUTA!!!

Lamborghini Aventador SVJ Roadster merupakan antara supercar yang memiliki tag harga paling tinggi dalam pasaran.

Begitupun, terdapat sebuah jentera terbabit ditemui YouTUber Fipeux di Monaco menggunakan nombor plat 123 dikatakan bernilai  €10 juta  (RM49.7 juta) yang dibeli menerusi satu acara lelongan.

Jika benar dakwaan tersebut, bukan sahaja kereta itu mahal tetapi nombor pendaftaran berkenaan merupakan antara termahal di dunia.

Aventador SVJ Roadster itu berwarna putih (pearl white shade)  dan hadir dengan bumbung gentian karbon serta dilengkapi pakej aero.

Ruang kabin pula dipadankan warna rona putih dan ungu.

Supercar itu mendapat khidmat enjin V12 6.5 liter yang mampu menjana kuasa 759 hp dan tork 720Nm.

Ia berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh 2.9 saat pada kelajuan maksimum 350kmj.

Jentera berkenaan terhad kepada 800 unit sahaja dan dijual pada harga bermula dari AS$573,966 (RM 2.4 juta) di pasaran Amerika Syarikat manakala AS$387,007 (RM1.9 juta) untuk pasaran Eropah. – carscoops

Google ads
Back to top button