
SMART MALAYSIA TAWAR DISKAUN EKSKLUSIF 30% KE ATAS KADAR PENGECASAN AWAM
Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang tiba, smart Malaysia mengumumkan diskaun eksklusif 30 peratus ke atas kadar bayaran pengecasan awam untuk pemilik kereta smart, khas pembayaran melalui Aplikasi Hello smart.
Inisiatif ini adalah hasil daripada kerjasama erat dengan Penyedia Perkhidmatan Pengecasan (CPO) melalui integrasi sistem di atas talian.
Tempoh sah dari 6 hingga 14 April 2024, promosi ini ditawarkan khusus untuk kemeriahan ‘Balik Kampung’ menjadikan perjalanan lebih mudah dan berpatutan buat pelanggan.
Hanya semudah log masuk ke Hello smart App, anda boleh memilih tempat pengecasan yang bersesuaian, dan dengan hanya beberapa ketikan, aplikasi Hello smart akan memaparkan kadar bayaran lebih rendah secara automatik sepanjang tempoh ini.

Kemudahan ini meliputi stesen rakan kongsi seperti Gentari, JomCharge, dan chargEV di lebih daripada 400 lokasi di seluruh negara, termasuk pusat membeli-belah, bangunan pejabat, serta fasiliti tempat letak kereta awam.
Untuk pengalaman yang lebih eksklusif, pemilik kereta smart boleh melawat cawangan smart berhampiran, dilengkapi dengan stesen pengecasan pantas.
Promosi ini sah untuk sebarang kaedah bayaran atas talian serta penebusan mata smart, jadi jangan lepaskan tawaran ini!
Bukan itu sahaja, tawaran ‘smart Ri-Ya’ yang sedang berlangsung, pemilik baharu boleh menikmati tawaran istimewa iaitu kadar faedah rendah bermula 1.15 peratus dan disertakan smartCharge Home Charger percuma bernilai RM3,200 dengan jaminan selama dua tahun bagi semua pelanggan baru.
Selain itu, pembeli juga akan menerima kredit pengecasan bernilai RM3,888 dengan pembelian mana-mana varian smart #1 dari sekarang hingga 30 April 2024.
Lawati bilik pameran smart di bawah sempena Rumah Terbuka yang akan berlangsung pada 9 dan 20 April serta 4 Mei 2024 untuk menguji, mengalami Teman Bandar Premium smart #1.
- BACA: NISSAN SAHKAN, MODEL R36 GT-R & NISSAN Z GENERASI BARU AKAN DIHASILKAN
- BACA: PROTON SUMBANG BUKU, DANA ZAKAT SEBANYAK RM10K UNTUK SMK PROTON CITY
- BACA: SALADIN RALLYING AKAN SEKALI LAGI BERKELANA KE RAAT THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP HUJUNG MINGGU INI
- BACA: KAWASAKI JOHOR BAHRU DIRASMIKAN, SERAH TIGA UNIT PERTAMA NINJA ZX-25RR