Buletin

TOYOTA COROLLA CROSS GR SPORT. LEBIH SPORTY, BERMULA RM142K

Toyota Corrola Cross GR Sport merupakan varian terkini yang menyertai rangkaian SUV crossover Corolla Cross. 

Berkongsi reka bentuk yang sama seperti varian CKD, versi import itu mempunyai  penampilan lebih sporty pada bahagian dalaman serta luarannya. 

Luaran Corolla Cross 1.8 GR Sport dibezakan menerusi ciri-ciri seperti pakej dua tona. Warna hitam dikenakan pada cermin, bumbung dan spoiler belakang. Lampu belakang LED menggunakan perumah berwarna jernih, manakala  bampar belakang dan peresap udara hadir dengan reka bentuk lebih eksklusif.

Ciri lain termasuklah corong pengambilan udara lebih rendah dengan rekaan berjaring serta rim aloi eksklusif GR Sport bersaiz 18 inci.

Corolla Cross GR Sport dibina menggunakan casis TNGA untuk memberikan keseimbangan, serta ketangkasan untuk pengendalian lebih baik.

SUV itu ditawarkan dengan tiga pilihan warna luaran dua tona iaitu putih mutiara (Platinum White Pearl), merah metalik (Red Mica Metallic) dan biru (Nebula Blue).

Di bahagian dalam, Corolla Cross GR Sport mendapat kemasan jahitan merah dan material kulit pada stereng, gear serta balutan tempat duduk. Butang penghidup enjin dan perehat kepala disulam dengan logo GR. Karpet lantai juga istimewa untuk varian ini.

Corolla Cross GR Sport dikuasakan oleh enjin petrol 1.8 liter ZR-FE 1.8 liter 4 silinder Dwi VVT-i yang mampu menjana kuasa maksimum 137hp pada 6,400rpm dan tork 172Nm pada 4,000 rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT 7 kelajuan. 

Dengan pendikit yang dikawal secara elektronik, transmisi terasa lebih responsif, lancar dan senyap. Jika pemandu mahu, penukaran gear boleh dilakukan secara manual melalui mod SPORT.

Selain itu, untuk meningkatkan lagi prestasi dinamik, Sport ECU juga digunakan untuk kecekapan stereng kuasa elektrik manaka Performance Bar telah ditambah untuk pengendalian lebih baik.  

Semua ciri dan peralatan lain untuk Corolla Cross GR Sport adalah serupa dengan Corolla Cross 1.8V. Ini termasuklah rel bumbung, pelarasan kuasa 8-hala untuk tempat duduk, paparan infotainmen 9-inci (kesambungan Android Auto & Apple Carplay) dan Power Back Door dengan Kick Sensor.

Corolla Cross GR Sport juga dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 2.0 terkini, 3D Panoramic View Monitor, 7 beg udara SRS dan untuk keselamatan, Vehicle Telematics System turut disertakan.

 Corolla Cross GR Sport ditawarkan pada harga RM142,000 seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button