Buletin

TOYOTA COROLLA HB LIMITED EDITION USDM, LAWA TAK?

Sekarang ini banyak model baharu Toyota yang tampil menarik seperti C-HR, Vellfire dan Alphard, Camry, Supra, Yaris dan Corolla. Toyota membawa arah baharu dalam falsafah reka bentuk dan sesuatu yang berbeza berbanding sebelum ini.

Di antara model yang menarik perhatian ialah Corolla dan lengkap dengan gayaan hatchback, sedan dan wagon. Jenis gaya badan tersebut dipasarkan mengikut pasaran dan negara kita menerima Corolla sedan.

Tampil bergaya dan sporti ialah Corolla Hatchback dan satu daripada negara yang menerimanya ialah Amerika Syarikat yang merupakan pasaran penting buat Toyota.

Satu perkembangan menarik apabila Toyota AS mengumumkan penawaran Corolla Hatchback Special Edition dengan warna Supersonic Red, kit badan penuh dan roda 18 inci berwarna hitam.

Menjadikannya lebih eksklusif ialah jumlah keluaran dihadkan kepada 1,500 unit sahaja untuk model tahun 2021.

Model istimewa ini dinaik taraf dari Corolla SE CVT dan kit badan yang dipasang terdiri daripada splitter depan, skirt sisi, spoiler bumbung hitam, garnish bampar belakang dan logo Special Edition.

Corolla LE digerakkan enjin 2.0 liter Dynamic Force berkuasa 168 hp. Enjin itu menggunakan teknologi VVT-iE pada bahagian kemasukan dan VVT-i pada ekzos.

Teknologi VVT-iE menggunakan motor elektrik berbanding tekanan minyak bagi mengawal pemasaan injap boleh ubah.

Dipadankan bersama enjin tersebut ialah transmisi Dynamic Shift CVT yang mempunyai simulasi sepuluh kelajuan Sequential Shiftmatic dengan mod Sport dan paddle shift.

Untuk ciri keselamatan, kesemua Corolla Hatchback 2021 dilengkapi teknologi Toyota Safety Sense 2.0 seperti berikut:

  • Pre-Collision System with Daytime/Low-Light Vehicle and Pedestrian Detection, plus Daytime Bicyclist Detection
  • Full-Speed Range Dynamic Radar Cruise Control (CVT sahaja)
  • Peringatan Penukaran Laluan dengan Bantuan Stereng
  • Lampu Puncak Automatik
  • Lane Tracing Assist (CVT sahaja)
  • Bantuan Isyarat Jalan Raya (Road Sign Assist)

Turut dilengkapi ialah sepuluh beg udara menjadikan Corolla Hatchback Special Edition ini sebuah model dengan pakej menarik dari segi keselamatan, penampilan dan eksklusiviti.

Seperti dinyatakan sebelum ini, Corolla Hatchback tidak ditawarkan di pasaran tempatan kecuali Corolla Sedan.

Model jenis ini bagi segmen C tidak mempunyai pasaran besar dan walaupun begitu tidak menghalang beberapa jenama menawarkannya seperti Mazda3, Volkswagen Golf dan Peugeot 308.

BACA: TOYOTA HILUX 2020 DENGAN ENJIN 2.8L, 204HP 500NM!

BACA: PADA 2008 TOYOTA iQ DIPERKENAL, KERETA KECIL TANPA 660CC TURBO

BACA: TOYOTA GR YARIS RS, ENJIN 1.5L 3 SILINDER DAN CVT

Kredit foto: Toyota

Google ads
Back to top button