Buletin

BENTLEY BERJAYA JUAL 13.7 UNIT BENTAYGA SEHARI

Bentley dilapor sudah berjaya menjual sebanyak 20,000 unit Bentayga sejak diperkenalkan ke pasaran empat tahun lalu. Angka itu bersamaan 13.7 unit Bentayga terjual setiap hari. 

SUV itu menjadi model terlaris Bentley selepas jenama mewah tersebut berdepan masalah jualan yang merudum bertahun-tahun lamanya. Ia juga membeolehkan Bentley mencipta satu pasaran baru untuk peminat SUV ultra mewah yang selama ini dimonopoli oleh jentera Rolls-Royce dan Aston Martin. 

Bentayga dikuasakan oleh enjin W12 turbo berkembar yang mampu menjana 600hp dan tork 900Nm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear 8-kelajuan automatik yang menyalurkan kuasa ke keempat-empat roda. Padanan iti membolehkan Bentayga memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma empat saat. 

Sepanjang tempoh empat tahun. Bentayga ditawarkan dalam enam varian dengan beberapa pilihan enjin. Pelanggan boleh memilih varian Bentayga, Bentayga V8, Bentayga V8 Design Series, Bentayga Speed, Bentayga Diesel dan Bentayga Hybrid. 

Kesungguhan Bentley untuk mengadaptasi kehendak pasaran dengan menawarkan SSUV Bentayga nyata membuahkan hasil.

Walaupun ia bukanlah model yang paling cantik atau laju, namun Bentayga membantu Bentley  terus bernafas untuk tahun-tahun mendatang.    

Google ads
Back to top button