Artikel Pilihan

BELI KERETA MEWAH DENGAN DUIT BANTUAN COVID-19 – BIJAK KE BANGANG NI?

Wabak pandemic Covid-19 memang membuatkan semua pihak terjejas teruk. Golongan pekerja, peniaga, pembekal dan banyak lagi memang akan mengalami perubahan yang besar. Semua kerajaan akan mencuba sedaya upaya membantu dengan memberikan bantuan dalam meringankan bebanan yang harus ditanggung.

Di AS pula program perlindungan pekerja (PPP – Payroll Protection Programme) diperkenalkan untuk membantu perniagaan yang terjejas teruk sewaktu wabak pandemik baru-baru ini. Tapi seorang lelaki di Detroit telah didapati menyalahgunakan PPP dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

Darrel Baker, 51 tahun sepatutnya menggunakan pinjaman PPP untuk membayar gaji pekerja beliau tetapi wang tersebut telah digunakan untuk membeli beberapa buah kereta mewah seperti dua buah Cadillac, Dodge Charger dan sebuah Hummer. Mak aih, sekali beli empat biji terus. Ni betul punya raya.

FBI menyatakan PPP direka untuk membantu perniagaan terus bertahan dalam krisis kesihatan yang melanda dunia tapi ia jelas telah disalah guna dalam kes ini. Wang yang sepatutnya digunakan untuk menyelamatkan perniagaan yang sah telah disalahguna dengan membeli kenderaan mewah untuk kegunaan defendan dan ahli keluarganya.

Jabatan Kehakiman AS mendakwa, Baker yang memiliki sebuah perniagaan berasaskan solar telah menerima pinjaman PPP berjumlah USD590,000 untuk menyelamatkan perniagaan beliau. Baker mendakwa mempunyai 68 pekerja yang perlu dibayar gaji dengan jumlah bayaran gaji tahunan yang mencecah USD2.8 juta.

Dua hari selepas menerima wang pinjaman, Baker mengeluarkan empat keeping cek untuk pinjaman terbabit dan USD60,000 lagi dalam bentuk tunai sebelum menggunakannya untuk membeli dua buah SUV Cadillac Escalade, sebuah Dodge Charger dan sebuah Hummer.

Penyiasatan mendapati sebuah kenderaan diberikan kepada adik perempuannya, sebuah untuk adik iparnya (mana nak cari abang ipar macam ni) dan dua buah lagi untuk kegunaan beliau sendiri.

Baker didakwa kerana penipuan untuk mendapatkan pinjaman yang sepatutnya digunakan untuk syarikat yang mempunyai masalah dalam membayar gaji pekerja akibat Covid-19. Penipuan bertujuan mendapatkan pinjaman adalah satu kesalahan dan melakukannya dalam keadaan dunia yang cuba bangkit selepas wabak pandemik ini adalah sangat-sangat tidak bertanggungjawab.

Sumber Carbuzz.com

Tags
Google ads
Back to top button