Buletin

TOYOTA DOMINASI JUALAN TERTINGGI DI AUSTRALIA SELAMA 25 TAHUN!

Kejayaan Toyota berada di dalam kelompok teratas jualan tertinggi global disumbangkan juga oleh jualan tertinggi di sesebuah negara atau pasaran.

Satu negara di mana Toyota mendapat sambutan yang sangat baik ialah Australia. Sangat baik hinggakan Toyota mencatatkan jualan tertinggi selama 25 tahun!

Jualan yang dicatatkan pada tahun 2021 ialah 223,642 unit dan sekali lagi meletakkan Toyota sebagai peneraju pasaran di Australia.

Pencapaian itu adalah rekod tertinggi buat kali ketiga selepas Toyota mencatatkan jualan sebanyak 204,801 unit pada tahun 2020 dan 205,766 unit pada tahun sebelumnya.

Pengguna di Australia memang jelas gemarkan Toyota dan syarikat itu berjaya menjadi peneraju pasaran dari tahun 1991 hingga 1994, tahun 1998 dan tahun 2000.

Apa lagi fakta menarik? Toyota catat jualan tertinggi sejak tahun 2003 dan juga peneraju segmen kenderaan komersial sejak tahun 1979 atau selama 43 tahun!

Toyota juga satu-satunya jenama yang berjaya mencatatkan jualan lebih 200,000 unit pada tahun 2021 dan mengekalkannya sejak sepuluh tahun lalu.

Berikut adalah fakta penjualan Toyota pada tahun 2021 di Australia:

  • HiLux adalah kenderaan paling laris dengan jualan sebanyak 52,801 unit.
  • Toyota menguasai 21.3 peratus pasaran.
  • RAV4 adalah SUV paling laris di Australia dengan penyerahan sebanyak 35,751 unit.
  • Daripada jumlah itu, 72.3 peratus (25,850 unit) adalah model elektrifikasi dan meletakkannya sebagai kenderaan hibrid elektrik paling laris.

  • Corolla mencatatkan jualan sebanyak 28,768 unit dan merupakan kereta penumpang paling laris. Rekod itu berjaya dipegang selama sembilan tahun berturut-turut!
  • Camry pula menerajui segmen kereta saiz medium selama 28 tahun! Jualan tahun 2021 adalah sebanyak 13,801 unit.
  • 2021 adalah tahun terbaik buat LandCruiser dengan jualan sebanyak 47,392 unit.
  • HiLux 4×2, Coaster, van HiAce dan bas HiAce menerajui segmen masing-masing.
  • Toyota berjaya menjual 65,491 unit kenderaan hibrid yang juga satu rekod baharu. Angka itu mewakili 29.3 peratus jualan keseluruhan Toyota.

Dengan kejayaan ini, apakah langkah seterusnya di Australia? Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Francais Toyota Australia, Sean Hanley berkongsi beberapa maklumat berikut:

  • Sasar untuk tingkatkan jualan pada tahun 2022 dan mengekalkan pegangan pasaran lebih daripada 20 peratus.
  • Melancarkan model yang dipertingkatkan seperti RAV4, Corolla Cross dan Land Cruiser 70 Series.
  • Model sport GR86 generasi kedua pada separuh tahun kedua. 
  • SUV elektrik bZ4X juga akan ditawarkan buat pengguna di Australia. 

Akhir sekali, Sean Hanley mengucapkan terima kasih buat pelanggan yang setia dan sabar terutama sekali mereka yang terpaksa menunggu lebih lama susulan cabaran pembekalan global pada tahun 2021.

Beliau juga turut menghargai sokongan dari para pekerja, pengedar dan rakan perniagaan Toyota.

BACA: TOYOTA HILUX GR SPORT MASUK EROPAH, BUKAN SEKADAR KOSMETIK!

BACA: TOYOTA GR SUPRA A91-CF EDITION, 600 UNIT SAHAJA UNTUK AMERIKA UTARA!

BACA: TOYOTA TRD DESERT CHASE TUNDRA, INI BARU PADU!

Google ads
Back to top button