
TOYOTA FT-Se, KERETA SPORT ELEKTRIK TAMPIL GARANG DI TOKYO!
Toyota FT-Se diperkenalkan di Japan Mobility Show 2023 dan sebuah kenderaan elektrik bateri (BEV) berprestasi tinggi.
Toyota tidak memaklumkan secara terperinci mengenainya kecuali mempunyai ciri-ciri dari kepakaran TOYOTA GAZOO Racing dalam membangunkan kereta lebih baik dari sukan permotoran.
Dari segi reka bentuk, FT-Se tidak besar apabila dibandingkan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Koji Sato yang berdiri di sebelah sewaktu memperkenalkannya.
Bentuk badannya lebar dan rendah dan walaupun nampak padat boleh dilihat alunan badan yang berotot dan perkasa. Sebagai sebuah EV, badan FT-Se turut berfungsi dalam mengurangkan seretan aerodinamik.
Selain itu, tidak salah untuk mengatakan bahagian sisi FT-Se mengingatkan kepada Lotus Evora. Reka bentuk rim berjejari dengan rongga besar juga direka cantik dan menampakkan angkup brek merah.
Depan dan belakang kereta direka garang dan ala jentera Le Mans Toyota.
Bahagian dalaman membawa kokpit digital sepenuhnya dan tampil ringkas tanpa skrin besar pada tengah papan pemuka dan dibuat rendah penglihatan yang bagus.
Satu lagi yang menarik ialah pad lutut yang melindungi badan daripada daya g semasa memandu.
Pengenalan model ini sebenarnya begitu menarik dan tidak banyak maklumat dikongsikan yang katanya akan didedahkan di dalam makluman selepas ini.
FT-Se juga nampak seperti calon yang sesuai bagi mengisi ruang di antara GR86 dan Supra.
BACA: EV TOYOTA GUNA BATERI LG ENERGY, 2 SYARIKAT BEKERJASAMA UNTUK EV DI AS!












