Buletin

TOYOTA CENTURY 2025 DENGAN 2 CIRI UTAMA BAHARU TERMASUK PENGENDALIAN

Toyota Century, lambang kemewahan dan keselesaan, kini hadir dengan beberapa penambahbaikan penting untuk pelanggan di Jepun.

Di antara penambahbaikan utama yang diperkenalkan adalah penggunaan cermin privasi (tingkap pintu belakang, tingkap suku belakang) dengan fungsi pemalapan tiga peringkat.

Tahap pemalapan separuh lutsinar membolehkan penumpang menyesuaikan tahap privasi dan suasana dalaman mengikut kehendak mereka, sekaligus mewujudkan ruang yang lebih tenang dan peribadi.

Ini merupakan langkah signifikan dalam meningkatkan lagi keselesaan dan eksklusiviti bagi penumpang belakang.

Selain itu, suspensi telah ditala semula untuk keselesaan pemanduan yang lebih baik.

Ini memastikan penyerapan getaran yang lebih lancar dan pemanduan yang lebih tenang, satu ciri penting untuk sebuah model yang menekankan keselesaan penumpang sebagai keutamaan.

Platform TNGA dan Pengendalian

Toyota Century dibina menggunakan platform TNGA yang dioptimumkan sesuai dengan jenis badan baharunya.

Suspensi hadapan jenis MacPherson manakala suspensi belakang menggunakan sistem pelbagai pautan multi-link yang direka untuk berfungsi dengan unit e-Axle dan Dynamic Rear Steering (DRS).

Sistem ini direka bagi meminimumkan getaran kecil dan memberikan pemanduan lancar dan bermutu tinggi, di samping mengekalkan kestabilan laluan lurus yang cemerlang.

Sistem DRS mengawal sudut roda belakang, mengurangkan jarak putaran minimum kepada 5.5 meter pada kelajuan rendah.

Apabila Rear Comfort Mode dipilih dalam Drive Mode Select, tingkah laku yang mendadak dapat disekat dan meningkatkan lagi keselesaan tempat duduk belakang.

Ciri NAVI AI-AVS pula secara bebas mengawal daya redaman penyerap hentak pada setiap roda berdasarkan keadaan jalan dan operasi pemanduan.

Sistem ini menyumbang kepada pemanduan lancar, kestabilan tinggi serta membantu mengekalkan postur kereta.

Keselesaan Dalaman dan Penebat Bunyi

Untuk ketenangan maksimum, Century dilengkapi pemisah ruang bagasi dari kaca berlamina jernih dengan fungsi penebat bunyi dan membentuk ruang peribadi yang terasing dari ruang bagasi.

Ini bukan sahaja meningkatkan tebatan bunyi tetapi juga menyumbang kepada ketegaran badan dan keselesaan pemanduan.

Bahan penebat dan penyerap bunyi yang berkesan menyerap bunyi enjin diletakkan di kedua-dua ruang enjin dan ruang penumpang pada panel papan pemuka yang memisahkan ruang enjin daripada ruang kabin.

Bahan peredam getaran diletakkan secara optimum di bahagian bawah badan untuk mengurangkan bunyi jalan rayadan tebatan bunyi menyeluruh telah dibuat pada setiap sudut badan kereta.

Kawalan Bunyi Aktif pula berfungsi dengan memancarkan bunyi fasa terbalik dari pembesar suara untuk membatalkan bunyi enjin dan bunyi lain yang masuk ke dalam kereta, seterusnya meningkatkan lagi ketenangan kabin.

Prestasi Aerodinamik dan Ciri Unik

Perkakasan aerodinamik yang dipasang terutamanya di bawah lantai, seperti penutup bawah enjin dan penutup bawah lantai melancarkan aliran udara untuk pemanduan lebih selesa.

Dengan memasang kulit antistatik pada sebahagian daripada tempat duduk pemandu, elektrik statik yang terkumpul pada pemandu dan di kawasan sekitarnya disebarkan ke seluruh badan, mengurangkan jumlah elektrik statik.

Rangkaian Kuasa

Sistem hibrid plug-in V6 3.5L serba baharu menggabungkan dua motor (motor hadapan dan e-Axle belakang) dan secara keseluruhan menghasilkan 303kW (412PS).

Dengan jarak pemanduan EV sehingga 69 kilometer (km) untuk satu cas penuh, pelanggan boleh melakukan kebanyakan perjalanan harian  dalam mod elektrik.

Century dilengkapi Drive Mode Select dengan mod unik Rear Comfort Mode yang mengutamakan keselesaan tempat duduk belakang.

Sistem pada Century juga merangkumi Predictive Eco-Drive dengan bantuan nyahpecutan ramalan dan kawalan penukaran mod EV/HV ramalan untuk kecekapan bahan api lebih baik.

Sistem E-Four Advanced (sistem 4WD elektrik) berfungsi mengoptimumkan pengagihan tork antara roda hadapan dan belakang.

Pengagihan tork ini boleh diselaraskan dari 100:0 hingga 20:80, sekali gus memastikan daya cengkaman tinggi serta kestabilan pengendalian yang cemerlang pada pelbagai permukaan jalan.

Pengecasan dan Bekalan Kuasa Kecemasan

Crown dilengkapi suis EV/HV mode dan suis AUTO EV/HV mode untuk menguruskan penggunaan kuasa bateri.

Terdapat juga mod cas bateri yang membolehkan bateri dicas semula oleh enjin apabila kuasa bateri pada tahap rendah.

Harga

  • 27 juta yen (RM792,266)

Rangkaian Kuasa

Enjin:

  • Model: 2GR-FXS, 3.456 L, V6
  • Bahan Api: Petrol Premium Tanpa Plumbum
  • Kuasa Maksimum (bersih): 193 kW (262 PS) / 6,000 rpm
  • Tork Maksimum (bersih): 335Nm / 4,600 rpm
  • Kapasiti Tangki Bahan Api: 55 L

Motor Hadapan:

  • Model: 5NM
  • Jenis: Motor Segerak AC
  • Kuasa Maksimum: 134 kW (182 PS)
  • Tork Maksimum: 270Nm

Motor Belakang:

  • Model: 1YM
  • Jenis: Motor Segerak AC
  • Kuasa Maksimum: 80 kW (109 PS)
  • Tork Maksimum: 169Nm

Bateri dan pacuan

  • Jenis: Bateri Litium-ion
  • Kapasiti: 51 Ah
  • Pacuan: E-Four Advanced (Sistem Pacuan Empat Roda Elektrik)
  • Transmisi: CVT
  • Jarak Pemanduan Menggunakan Kuasa Pengecasan (Plug-in Range): 69 km
  • Penggunaan Bahan Api (WLTC): 14.2 km/L
    • Mod Bandar: 10.6 km/L
    • Mod Pinggir Bandar: 16.2 km/L
    • Mod Lebuh Raya: 15.2 km/L
Google ads
Back to top button